05 Mac 2012

Mengapa kakitangan kerajaan tak sokong BN?

12 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 5 Mac: “Sepatutnya pemimpin BN perlu bertanya kenapa majoriti kakitangan kerajaan tidak bersama dengan BN?

“Apakah mereka ini jahil dan hilang pertimbangan sehingga menjadi penentang senyap kerajaan BN?” tanya AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad.

Ini, katanya sudah tentu ada perkara yang tidak betul, walaupun otak mereka dibasuh di dalam kursus Biro Tata Negara (BTN).

Baginya, jawapannya mudah kerana mereka adalah orang cerdik dan rakyat yang bermaklumat.

Justeru, kata beliau segala propaganda yang diberi oleh media perdana, penceramah
pada kursus BTN tidak memberi apa-apa makna.

“Mereka hanya mendengar, ibarat masuk telinga kanan keluar telinga kiri,” ujarnya kepada Haralkahdaily.

Sehubungan itu, ujarnya kenyataan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said ketika program bersama Timbalan Perdana Menteri yang menggesa supaya kakitangan awam mesti menyokong kerajaan kerana banyak kemudahan yang diberi oleh kerajaan hanya sia-sia sahaja.

Katanya lagi, kakitangan kerajaan yang cerdik tidak akan rela negara diperintah oleh mereka yang korup, walaupun Presiden Umno memain taktik baru iaitu mengaku silap dan memohon maaf dan berjanji tidak akan mengulangi lagi kesalahan itu.

Pada mereka, ujarnya lebih lima dekad diberi amanah untuk mentadbir negara bukan satu jangka masa yang singkat, sehingga negara menuju bankrap dan seluruh sistem negara habis rosak.

Tambahnya, tindakan pemimpin Umno hendak memaksa kakitangan kerajaan supaya jangan menentang BN bolehlah diibaratkan seperti pepatah Arab, ‘kamu boleh paksa kuda pergi minum air, tetapi kamu tidak boleh paksa kuda supaya minum air’.

Harakah Daily

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Saya kakitangan kerajaan, dan saya perhatikan memang ada yang tidak menyokong kerajaan, tetapi jumlahnya tidak ramai. Lebih ramai majoriti yang menyokong dasar kerajaan, serta bersifat atas pagar.

Saya kira tuan tak akan siarkan pandangan ini, sebab ia tidak menyokong pendapat tuan.

Nasihat saya, berpijaklah di bumi nyata. Rakyat sudah celik dan mendapat maklumat daripada pelbagai sumber.

Baik tuan ulas isu konflik pentadbiran di Kedah yang masih belum terurai.

Hadi al Huda berkata...

Mana tidaknya dalam isu SBPA JPA kelihatan tidak profesional hasil dari sikap dan cara tadbir urus UMNO/BN. Sebelum ini cara pertukaran skim perkhidmatan adalah licin dan tertib.

Semasa Najib suami Rosmah isytihar dalam pembentangan bujet rupa-rupanya kosong dan tiada asas semata-mata nak tunjuk kepada pegawai awam yang dia tu prihatin terhadap pegawai awam, rupa-rupanya penisytiharan yang belum matang... hampeh..