18 Mei 2012

Dipenjara 3 bulan, gagal kemuka Mykad

26 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

KOTA BHARU – Seorang penganggur dijatuhi hukuman tiga bulan penjara selepas didapati bersalah gagal mengemukakan kad pengenalan (Mykad) ketika pemeriksaan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah di sini, bulan lalu.

Hukuman diputuskan Majistret Mohd Fazaly Ali Mohd Ghazaly selepas Mohamad Faizal Ezanie Mohd Shaharudin, 19, mengaku bersalah atas tuduhan dihadapi.

Berdasarkan pertuduhan, dia mengaku melakukan kesalahan itu di Pejabat Siasatan Jenayah, pejabat berkenaan, pada jam 4.30 petang, 23 April.

Dia yang beralamat di Flat Buluh Kubu di sini tidak diwakili peguam.

Susulan pengakuan salah itu, Mohd Fazaly menjatuhkan hukuman mengikut Peraturan 25(1)(n) Peraturan-peraturan Pendaftaran Negara 1990.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya negeri, Noor Dayana Mohamad.

Sinar Harian

Tiada ulasan: