06 Jun 2012

Maut jatuh dari tingkat enam

16 Rejab 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR – Penduduk Perumahan Awam Sri Perak di sini, gempar selepas seorang lelaki maut dipercayai terjun dari tingkat enam.

Jurucakap polis berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam sekitar jam 8 malam dan ketika datang ke tempat kejadian mangsa telah meninggal dunia akibat kecederaan di bahagian muka, tangan kanan dan patah di kedua-dua belah kaki.

Menurutnya, mangsa, Osman Abd Razak, 61, bukan penduduk perumahan itu tetapi tinggal di Taman Koperasi Polis fasa 2. Punca kejadian tidak dapat dipastikan dan mayat di hantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.

Sementara itu, isteri mangsa yang enggan dikenali memaklumkan dia tidak menghadapi sebarang masalah bersama suaminya dan sempat berbual melalui panggilan telefon sekitar jam enam petang.

Bagaimanapun, isterinya yang masih terkejut dengan kejadian enggan mengulas lanjut tetapi memaklumkan suaminya seorang yang baik dan tidak tahu punca lelaki itu berada di perumahan awam itu. Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

sinar harian/-

1 ulasan:

Unknown berkata...

Assalamualaikum tuan ,apa khabar? saya mahu berkongsi bloglist...boleh tuan bloglistkan blog saya http://zulhairiaziz99.blogspot.com/ kedalam bloglist blog tuan ,harap tuan dapat mempertimbangkn...blog tuan saya sudah listkan kdlam blog saya.