16 Rejab 1433H. [MOD] -
PKR menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak supaya menjelaskan bagaimana satu syarikat yang dikait rapat dengan dirinya didapati menjual dokumen rahsia tentera laut kepada pihak ketiga oleh pendakwa Perancis.
Timbalan presiden PKR Azmin Ali berkata Najib merupakan menteri pertahanan pada waktu dokumen berhubung pembelian dua kapal selam Scorpene didakwa dijual.
Oleh itu, Najib tidak harus membenarkan pasukan bersenjata dipersalahkan dalam hal ini, katanya.
"Kita desak perdana menteri supaya tak ambil mudah skandal ini... Harus tampil jelas macam mana rahsia boleh dijual oleh penasihat sendiri," katanya yang berharap pegawai berkenaan tidak dijadikan kambing hitam dalam kes tersebut.
Beliau turut menggesa supaya pasukan tentera menjalankan siasatan dalaman dan membuat laporan polis sekiranya ia mendapati pegawai pasukan tidak terlibat dalam kes itu.
malaysiakini/-
1 ulasan:
puak-puak umno/bn beritahulah apa pun tentang kejahatan dan penyelewengan pemimpin umno/bn... semuanya mereka tak percaya..Mungkin semua penyokongnya jenis buta dan pekak....negara hancur atau muflis baharu nak buka mata dan telinga.
Catat Ulasan