05 Julai 2012

Ranking: Sepanyol kekal mahkota, England baiki kedudukan

15 Syaaban 1433H. [MOD] -

ENGLAND memperlihatkan peningkatan dalam kedudukan ranking dengan berada di tangga keempat.

Ranking terbaru dikeluarkan oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa), semalam.

Pasukan England meningkat dari kedudukan keenam kepada tangga keempat dunia meskipun anak buah Roy Hodgson tewas menerusi sepakan penalti kepada Itali dalam saingan Euro 2012.

Sementara itu, juara Eropah, Sepanyol mengekalkan kedudukanya selaku pasukan nombor satu dunia diikuti Jerman berada ditangga kedua dan Uruguay ditangga ketiga daripada keseluruhan 205 negara yang menjadi ahli Fifa.

Tuan rumah Piala Dunia 2014 Brazil tidak berjaya mengekalkan kedudukan dalam kelompok 10 negara terbaik buat kali pertama apabila jatuh satu anak tangga kepada nombor 11.

Antara kedudukan 10 negara terbaik FIFA:

1- Sepanyol
2- Jerman
3- Uruguay
4- England
5- Portugal
6- Itali
7- Argentina
8- Belanda
9- Crotia
10-Denmark

Sinar Harian

Tiada ulasan: