05 Julai 2012

Suu Kyi tetap gelar Myanmar sebagai Burma

15 Syaaban 1433H. [MOD] -

YANGON - Pemimpin prodemokrasi Myanmar, Aung San Suu Kyi menyifatkan tiada salahnya menggelar Mynamar sebagai Burma ketika berucap atau menghadiri persidangan antarabangsa.

Kebanyakan aktivis pembangkang menggunakan nama Burma sebagai simbol protes terhadap pemerintahan tentera junta yang berkuasa sejak dua dekad lalu.

Minggu lalu, Suruhanjaya Pilihan raya Myanmar terkilan, apabila Suu Kyi berkali-kali menggelar Myanmar sebagai Burma ketika lawatannya ke Thailand dan Eropah barubaru ini.

Kelmarin, suruhanjaya penyelia undang-undang berkaitan parti politik berkata, tindakan beliau itu disifatkan keterlaluan dan perlu dihentikan segera.

Sementara itu, Suu Kyi ketika ditemui Selasa lalu berkata, istilah Burma telah diubah pada tahun 1989 tanpa berunding dan mengambil kira pendapat awam.

Beliau juga bertegas akan menggunakan apa sahaja istilah yang dirasakan relevan kerana perbezaan itu hanya wujud dalam penggunaan bahasa Inggeris dan bukannya dari bahasa ibunda

Sinar Harian

Tiada ulasan: