05 Julai 2012

Palestin mahu inkuiri antarabangsa siasat kematian Arafat

15 Syaaban 1433H. [MOD] -

BAITULMUQADDIS - Pegawai-pegawai Palestin mahu satu inkuiri antarabangsa diadakan ekoran dakwaan bahawa Yasser Arafat, yang meninggal dunia tujuh tahun yang lalu, telah diracuni dengan polonium, sejenis logam radioaktif.

"Pihak Berkuasa (Palestin), sebagaimana masa-masa lalu, bersedia untuk memberi kerjasama sepenuhnya dan membuka laluan kepada siasatan kepada keadaan sebenar yang membawa kepada kematian Allahyarham Presiden," kata jurucakap Pihak Berkuasa Palestin, Nabil Abu Rudeinah.

Kenyataan beliau muncul susulan permintaan balu Yasser, Suha Arafat yang menggesa agar satu siasatan diadakan ekoran penemuan itu.

Saintis Switzerland memberitahu stesen televisyen Al-Jazeera bahawa bahan polonium-210 ditemui pada barang-barang milik Yasser, yang diserahkan kepada Suha selepas kematiannya pada 2004, lapor BBC.

Suha pernah membantah bedah siasat ke atas jenazah Yasser ketika itu, tetapi kini mahu digali semula bagi urusan bedah siasat.

Rekod perubahan Yasser menunjukkan beliau mengalami strok ekoran ketidakseimbangan darah.

Agency

Tiada ulasan: