05 Julai 2012

Pirlo: Juve semakin kuat jika ada Balotelli

15 Syaaban 1433H. [MOD] -

PEMAIN berpengaruh Juventus, Andrea Pirlo menegaskan kelab itu bakal mengalami transformasi menakjubkan andai Mario Balotelli menyertai mereka musim depan.

Pirlo dan Balotelli sebelum ini mempamerkan gandingan mantap sepanjang Kejohanan Euro 2012 berlangsung. "Saya menyambut baik jika Balotelli berhijrah ke Juventus. Dia pemain yang hebat dan memiliki bakat luar biasa.

"Saya selesa bermain bersamanya meskipun dia berdepan macam-macam kontroversi. Saya fikir tidak timbul sebarang masalah. "Kalau kami bergabung, saya percaya Juventus akan bertambah kuat," katanya.

Sinar Harian

Tiada ulasan: