09 Julai 2013

S’gor gesa Persekutuan siapkan Lebuhraya Banting-Taiping -

30 Syaaban 1434 H. [MOD] -
freemalaysiatoday.com
Sudah 10 tahun berlalu dan kerajaan Selangor telah bertukar tangan tapi rakyat masih tunggu bila LPT secara rasminya akan dibuka.
SHAH ALAM: Dewan Undangan Negeri Selangor sebulat suara menggesa kerajaan Persekutuan segera menyiapkan projek Lebuhraya Pantai Barat Banting-Taiping (LBT) sepanjang 316 kilometer yang masih dalam pembinaan sejak 10 tahun lalu.

LBT merentasi Sungai Perak merupakan projek kerajaan Persekutuan sejak tahun 2000 dilihat perlu disegerakan bagi mengekang masalah kesesakan jalan raya.
“Dah 10 tahun berlalu dan kerajaan Selangor dah bertukar tangan tapi rakyat masih tunggu bila LPT secara rasminya akan dibuka.

“Sekarang rakyat mempersoalkan mana janji Barisan Nasional (BN) tak ditepati,” kata Adun Sekinchan Ng Suee Lim ketika membentangkan usul dalam Dewan di sini hari ini.
Katanya, tidak ada sebab untuk kerajaan Persekutuan menangguhkannya lagi memandangkan Selangor merupakan penyumbang cukai terbanyak berbanding negeri lain.
“Selangor terpaksa menggunakan rizab RM300 juta yang telah kita jimatkan untuk bantu kerajaan Pusat laksanakan tanggungjawab,” katanya.
Beliau turut mempersoalkan tentang ketelusan proses tawaran tender berikutan peningkatan kos projek daripada RM3 bilion kepada RM7.07 bilion.
Pada 3 Januari lalu, kerajaan Persekutuan telah menandatangani perjanjian dengan Kumpulan Europlus Bhd’s (KEuro), West Coast Expressway Sdn Bhd (WCESB) untuk melaksanakan projek tersebut dengan memanjangkan tempoh konsesi daripada 30 tahun kepada 60 tahun.

Tiada ulasan: