09 Julai 2013

PAS bersama NGO Islam kecam rampasan kuasa di Mesir

30 Syaaban 1434 H. [MOD] -
harakahdaily.net

KUALA LUMPUR: PAS bersama beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam hari ini berarak dan berhimpun di Kedutaan Mesir di sini bagi menyatakan bantahan terhadap rampasan kuasa serta tindakan kejam tentera negara itu terhadap rakyatnya.

Himpunan bermula kira-kira jam 12 tengah hari ini dengan mereka berkumpul berhampiran pusat membeli belah Ampang Point sebelum berarak ke bangunan kedutaan itu di Jalan Ru, Persiaran Ampang Hilir di sini.
Wakil PAS yang mengepalai perarakan tersebut termasuk Pengerusi Lajnah Antarabangsa Datuk Kamarudin Jaffar, timbalannya Dr. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi serta AJK PAS Pusat Khalid Samad.

Wakil NGO terdiri daripada Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi-institusi Pengajian Tinggi Malaysia (Haluan), Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram) serta Gabungan Mansuhkan ISA (GMI).

Sementara itu, pihak kedutaan menghalang wakil PAS Dr Syed Azman untuk turut serta bersama NGO masuk menyerahkan memorandum.

Difahamkan alasan penolakan tersebut kerana menganggap PAS adalah Ikwan Muslimin di Malaysia.


1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kalau PAS IM di malaysia UMNO pulak Tamarrod...gitu ??!!