09 Julai 2013

Selamat datang Ramadhan...


30 Syaaban 1434 H. [MOD] -


Sempena dengan kedatangan Ramadhan pada tahun ini dan umat Islam di Malaysia akan menunaikan Ibadah Puasa pada esok hari, demgan ini saya dengan seluruh warga blog Cina Islam dengan ini mengucapkan Selamat menyambut Ramadhan .

Tidak ada harapan yang lain melainkan marilah kita sama-sama berdoa semuga Ramadhan kali ini menjadi madrasah yang terbaik untuk mendidik dan membentuk jiwa raga kita menjadi insan yang bertaqwa.

Semuga Ramadhan kali ini adalah Ramadhan yang terbaik dari sekian banyak Ramadhan yang telah kita lalui.

Kuatkan tekad untuk sama-sama kita menyempurnakan segala amalan yang terdapat di bulan yang mulia ini, semuga Allah mengiizinkan kita mencapai tingkatan taqwa sebagaimana firma Nya :

 “ Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa. “ - (Surah Al-Baqarah: 183).

Beruntuglah mereka yang berjaya mencapainya dan tersangat rugilah jika segala kesempatan Ramadhan ini kita biarkan berlalu begitu sahaja.

Khalil Idham Lim,
Parit Buntar Perak.

Tiada ulasan: