09 Julai 2013

Pilihanraya Parlimen Mesir diadakan pada 2014

30 Syaaban 1434 H. [MOD] -

KAHERAH 9 Julai - Presiden sementara Mesir, Adly Mansour berikrar mengadakan pilihan raya Parlimen baharu menjelang awal tahun depan, selepas 51 orang yang kebanyakannya penyokong Mohammed Mursi, dibunuh di luar ibu pejabat tentera di sini semalam.

Adly mengeluarkan satu dekri menetapkan jadual untuk mengadakan pungutan suara ke atas penggubalan Perlembagaan dan kemudian pilihan raya umum itu akan diadakan.



Menurut dekri tersebut, satu panel mewakili politik, agama dan perkhidmatan keselamatan akan meluluskan penggubalan Perlembagaan yang digantung selepas Mursi digulingkan dan menetapkan pungutan suara tersebut diadakan dalam tempoh lima bulan.

Pilihan raya Parlimen pula akan diadakan tiga bulan selepas Perlembagaan baharu itu diluluskan. - AFP




Tiada ulasan: