09 Julai 2013

DUN Kuala Besut: Kenyataan yang melucukan oleh Idris Jusoh, apa pandangan anda ?


30 Syaaban 1434 H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Anggota Parlimen Besut, Datuk Seri Idris Jusoh menyarankan PAS menyerahkan sahaja kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut kepada Barisan Nasional (BN) tanpa perlu melalui pilihan raya kecil.
Ini kerana katanya, BN memenangi kerusi itu dengan majoriti yang besar pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) Mei lepas.
"Pada saya, lebih baik PAS serah saja kerusi tersebut kepada BN kerana undi majoriti yang kita dapat pada PRU-13 adalah tinggi, bukan setakat 300 sahaja.
"Nak menang bukan senang untuk PAS. Mereka perlu lebih kurang 1,200 undi untuk capai undi majoriti yang BN dapat dan biasanya orang tak ubah fikiran mereka kerana PRU-13 baru saja berlalu dua bulan lepas," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lobi Parlimen, di sini Isnin.
Idris berkata, kemenangan percuma itu juga sebagai menghormati bulan Ramadan, memandangkan pilihan raya kecil tersebut dijalankan ketika umat Islam sedangmenjalani ibadah puasa.
"Pada saya, PAS kini mempunyai masalah untuk mencari calon yang sesuai untukbertanding. Ini kawasan saya. Lebih baik serahkan saja kerusi tersebut kepada BNlagi pun masa tu bulan puasa, tak perlu bersusah payah nak berkempen," katanyaberseloroh.
Bagaimanapun katanya, BN menyasarkan untuk meningkatkan undi majoriti daripada 2,434 undi pada PRU-13 lepas kepada 4,000 pada pilihan raya kecil yang ditetapkan 24 Julai ini.
Mengenai laporan yang mendakwa guru diminta mengundi BN pada pilihan raya kecil itu, Idris yang juga Menteri Pendidikan Kedua berkata, tidak ada pihak yang dipaksa mengundi mana-mana parti dan mereka bebas memilih untuk mengundi siapa sahaja.
Kerusi DUN Kuala Besut kosong selepas penyandangnya Dr A Rahman Mokhtar meninggal dunia pada 26 Jun lepas akibat kanser paru-paru.
Pada PRU-13, A Rahman mempertahankan kerusi yang disandangnya sejak 2008 dengan majoriti 2,343 undi, mengatasi calon PAS Napisah Ismail.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan pilihan raya kecil bagi kerusi DUN Kuala Besut diadakan pada 24 Julai manakala penamaan calon pada 12 Julai ini. - BERNAMA

Tiada ulasan: