
KUALA LUMPUR: Negara kini mencatat 90.6% populasi dewasa atau 21,220,121 individu lengkap menerima dos vaksin Covid-19 setakat semalam.
Berdasarkan data Kementerian Kesihatan (KKM) yang disiarkan di portal CovidNow, sebanyak 94.9% populasi dewasa atau 22,215,504 individu sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
Selain itu, sejumlah 209,534 dos vaksin diberikan semalam bagi golongan dewasa.
Ini menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) yang dilancar sejak 24 Feb lepas meningkat kepada 46,044,734 dos bagi golongan dewasa.
Bagi golongan kanak-kanak dan remaja berusia 12 hingga 17 tahun, setakat semalam 370,995 atau 11.8% melengkapkan suntikan vaksin manakala 74.8% remaja atau 2,352,464 individu sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin menerusi PICK bagi golongan itu yang bermula sejak 8 Sept lepas.
Bernama/-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan