13 Oktober 2021

Ronaldo terus buru rekod

 Penyerang Portugal, Cristiano Ronaldo meraikan jaringannya ketika saingan kelayakan berdepan Luxembourg di Estadio Algarve dekat Loule, Portugal. - AFP

Penyerang Portugal, Cristiano Ronaldo meraikan jaringannya ketika saingan kelayakan berdepan Luxembourg di Estadio Algarve dekat Loule, Portugal. - AFP

LONDON: Bintang Manchester United, Cristiano Ronaldo 'berjanji saya akan sentiasa mencari lebih banyak gol' selepas menambah rekod jaringan antarabangsanya.

Cristiano Ronaldo menjaringkan gol antarabangsa ke-115 awal pagi tadi.

Ronaldo meledak hatrik yang ke-10 sepanjang karier antarabangsanya manakala rakan sepasukan, Bruno Fernandes juga mencipta satu gol ketika Portugal menang 5-0 mengatasi Luxembourg.

Dia kini bergelar pemain lelaki pertama dalam saingan antarabangsa mencipta 10 hatrik buat negaranya.

Pemain Portugal itu memecahkan rekod jaringan antarabangsa bulan lalu yang sebelum ini dipegang pemain Iran, Ali Daei.

Sejurus selepas kembali ke Old Trafford awal tahun ini, Ronaldo menjaringkan gol pada minit ke-89 ketika berdepan Ireland yang juga gol ke-110 buat Portugal dan satu melebihi rekod Daei.

Penyerang Manchester United itu kemudian mendapatkan gol pada lewat permainan untuk melengkapkan kebangkitan dan merekodkan gol ke-111.

Bintang United itu berjaya mendapatkan gol ke-112 menerusi sepakan kaki kiri pada minit ke-37 ketika saingan persahabatan menentang Qatar sebelum ini.

Menerusi Instagram, Ronaldo menulis: "Satu lagi kejayaan, satu lagi langkah mencapai sasaran kami, satu lagi malam bersejarah di pertahanan bersama bendera kami!

"Semuaya menjadi mudah apabila kami bermain di laman sendiri dan di depan penyokong yang sentiasa menjaga kami sejak minit pertama hingga akhir…

"Saya sudah berjanji yang saya sentiasa mencari lebih banyak, lebih banyak dan lebih banyak! - AGENSI

Tiada ulasan: