13 Oktober 2021

COVID-19: Russia uji vaksin semburan hidung terhadap sukarelawan

 Russia dijadual akan menguji vaksin COVID-19 jenis semburan hidung, Sputnik V ke atas sukarelawan dewasa di negara itu. - Foto AP

Russia dijadual akan menguji vaksin COVID-19 jenis semburan hidung, Sputnik V ke atas sukarelawan dewasa di negara itu. - Foto AP

MOSCOW: Russia dijadual akan menguji vaksin COVID-19 jenis semburan hidung dalam kalangan kumpulan sukarelawan dewasa, ketika negara itu berdepan jumlah kematian dan jangkitan yang semakin meningkat.

Sewaktu pandemik COVID-19 melanda tahun lalu, negara itu dengan segera membangunkan vaksin Sputnik V, namun langkah itu berjalan perlahan sehingga mengakibatkan ramai penduduk tidak mempercayai pihak berkuasa serta bimbang dengan produk perubatan baru itu.

Menerusi dokumen yang diterbitkan oleh pendaftar perubatan negara, ujian penyembur hidung vaksin Sputnik V itu akan dilaksanakan menerusi dua dos di sebuah klinik di St Petersburg, bagaimanapun ia tidak menjelaskan tempoh perancangan ujian klinikal.

Semalam, Presiden Vladimir Putin, dilaporkan berkata Russia perlu mempercepatkan kempen vaksinasi dalam usaha menentang penularan COVID-19 apabila negara itu mencatat kematian sehari tertinggi selepas pandemik itu bermula.

Penguat kuasa Russia pada Jun lalu berkata, vaksin semburan hidung adalah sesuai terhadap kanak-kanak berusia lapan hingga 12 tahun sedang diuji dan perancangannya adalah melancarkan produk baharu itu pada September. - AGENSI

Tiada ulasan: