13 Oktober 2021

UMMAH SOKONG PENUH PM DAN KABINET SELESAIKAN KES ADIB DENGAN ADIL

 


Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) menyokong penuh keputusan Perdana Menteri Dato Sri Ismail Sabri Yaakob dan Kabinet diatas penubuhan Jawatankuasa Khas bagi menyiasat secara menyeluruh kes kematian arwah Adib semasa bertugas dirusuhan agama kaum India di Kuil Sri Mahamariamman.

Kes ini menjadi telah menjadi kontroversi semasa kerajaan PH memerentah apabila pihak polis telah melepaskan orang yang disyaki terlibat dalam kes ini.

Kes ini juga telah menimbulkan rasa tidak puashati dan telah menimbulkan kemarahan rakyat sehingga telah menyebabkan berlaku beberapa himpunan bantahan daripada pelbagai pihak, NGO dan ahli politik.

UMMAH dan pelbagai NGO telah menghantar dua bantahan kepada Peguam Negara Tommy Thomas pada masa itu bagi menuntut perbicaraan dan tindakan yang segera tetapi tiada tindakan yang adil.

Keputusan mahkamah inkues bagi mengetahui punca kematian mendapati kematian arwah Adib adalah jelas akibat hentakan dan pukulan yang kuat daripada lebih seorang.

Diharapkan penubuhan jawantakuasa khas ini akan dapat memulihkan keyakinan undang-undang dinegara ini termasuk integriti pihak PDRM, Peguam Negara dan ahli politik.

Bagi keluarga arwah Adib, dan seluruh rakyat Malaysia sudah pasti ini merupakan berita gembira yang ditunggu-tunggu.

Pihak-pihak yang terlibat yang cuba menutup kes ini wajar disiasat dan diambil tindakan yang sewajarnya.

Kerajaan juga diharap dapat mempertimbangkan sejumlah pampasan yang setimpal kepada keluarga Adib sesuai dengan tugas beliau sebagai penjawat awam yang menjalankan tugas negara.


MOHD ZAI MUSTAFA

Pengerusi

Gerakan Pembela Ummah (UMMAH)

13 Oktober 2021

Tiada ulasan: