13 Oktober 2021

PRN Melaka: SPR mesyuarat Isnin ini

 

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) memaklumkan,  satu Mesyuarat Khas berkaitan urusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-15 akan diadakan Isnin ini.

Setiausaha SPR, Datuk Ikmalrudin Ishak berkata, mesyuarat berkenaan diadakan di Double Tree by Hilton Hotel, Melaka pada pukul 10 pagi.

“Mesyuarat Khas tersebut dipengerusikan Pengerusi SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh, yang akan membincangkan tarikh-tarikh penting PRN Melaka seperti tarikh Writ Pilihan Raya, Hari Penamaan Calon, Hari Pengundian, Daftar Pemilih yang akan digunakan dan lain-lain persiapan bagi melaksanakan pilihan raya tersebut, ” katanya dalam kenyataan hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tiada ulasan: