14 Oktober 2021

Kes COVID-19 hari ini meningkat 8,084 kes

 


PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini melaporkan sebanyak 8,084 kes positif baharu COVID-19 di negara ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, dalam satu perkongsian di media sosial, berkata bilangan kes setakat tengah hari tadi menyumbang kepada 2,369,613 kes positif sejak wabak COVID-19 mula menular di Malaysia pada akhir Januari tahun lalu.

Bilangan kes yang dilaporkan hari ini menunjukkan peningkatan berbanding sebanyak 7,950 yang dikesan semalam.

Tiada ulasan: