14 Oktober 2021

Wanita ketagih makan span

 

CLAIRE Louise Owen mula memakan span sejak berusia 14 tahun. – KENNEDY NEWS

LONDON: Seorang wanita di United Kingdom (UK) mengakui mempunyai tabiat pemakanan yang pelik apabila gemar memakan span.

Lapor Metro, Claire Louise Owen dari Criccieth, North Wales berkata, dia terpaksa berhenti membeli span untuk kegunaan rumahnya kerana ketagih memakan benda tersebut.

Menurut Owen, 44, dia mula mengunyah span ketika berusia 14 tahun selepas mengalami ketagihan semasa kitaran haid pertamanya.

“Apabila mengalami ketagihan melampau, Owen boleh mengunyah sehingga satu span seminggu.

“Dia menyimpan span dalam laci di bilik tidur untuk mengigitnya sepanjang hari,” jelas laporan itu.

Owen mengakui berasa amat malu untuk berbincang dengan doktor mengenai ketagihan yang dihadapinya.

Katanya, dia percaya menghidap sejenis penyakit dikenali sebagai Pica yang menyebabkannya ketagih
memakan benda yang tidak memberi nutrisi kepada badan.

Dalam usaha membendung tabiat pemakanan pelik itu, Owen bersama suaminya, Gwilym memutuskan untuk tidak membeli span mandi.

Dilaporkan, Owen juga kini mengambil pil multivitamin dan cuba mengamalkan pemakanan yang sihat
bagi mengekang ketagihan tersebut. – AGENSI

Tiada ulasan: