14 Oktober 2021

Polis teliti sijil vaksin MySejahtera individu rentas negeri

 GEORGETOWN 16 SEPTEMBER 2021.

GEORGETOWN 16 SEPTEMBER 2021.

KUALA LUMPUR: Polis akan membuat pemeriksaan lebih teliti sijil digital vaksin COVID-19 dalam aplikasi MySejahtera bagi memastikan tiada individu menggunakan sijil vaksinasi palsu untuk merentas negeri pulang ke kampung.

Senior Asisten Komisioner (SAC) Gerakan, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, SAC M V Srikumar Nair, berkata tindakan kompaun serta-merta akan dikenakan terhadap mereka yang didapati berbuat demikian.

"Ya, polis akan periksa dan teliti sijil dalam MySejahtera mereka yang disyaki menggunakan sijil vaksin palsu.

"Jika didapati melanggar syarat ditetapkan kerajaan iaitu perlu lengkap vaksin untuk rentas negeri, kompaun akan dikeluarkan serta-merta," katanya kepada BH, hari ini.

Polis akan membuat pemeriksaan lebih teliti sijil digital vaksin COVID-19 dalam aplikasi MySejahtera bagi memastikan tiada individu menggunakan sijil vaksinasi palsu untuk merentas negeri pulang ke kampung. - Foto hiasan NSTP/Aswadi Alias
Polis akan membuat pemeriksaan lebih teliti sijil digital vaksin COVID-19 dalam aplikasi MySejahtera bagi memastikan tiada individu menggunakan sijil vaksinasi palsu untuk merentas negeri pulang ke kampung. - Foto hiasan NSTP/Aswadi Alias

Polis dilaporkan akan mengeluarkan kompaun kepada individu belum lengkap divaksin, yang dikesan melakukan rentas negeri susulan kebenaran aktiviti itu oleh kerajaan bermula Isnin lalu.

Pengarah KDNKA Bukit Aman, Datuk Hazani Ghazali, dipetik berkata tindakan tegas itu akan diambil menerusi pemeriksaan pasukan pemantau di lokasi tumpuan orang ramai seperti kawasan Rehat dan Rawat (R&R).

Mengulas lanjut, Srikumar berkata, kadar pematuhan orang awam terhadap SOP di seluruh negara berada pada tahap memuaskan walaupun masih ada segelintir yang ingkar garis panduan ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

"Polis akan meningkatkan pemeriksaan SOP mulai sekarang terutama terhadap mereka yang rentas negeri," katanya.

bharian.

Tiada ulasan: