05 Disember 2021

97% populasi dewasa lengkap divaksin

 

Jumlah kumulatif pemberian vaksin bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) kini meningkat kepada 54,031,000. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Seramai 22,718,376 individu atau 97% daripada populasi dewasa di negara ini telah lengkap menerima suntikan vaksin Covid-19, setakat 11.59 malam tadi.

Berdasarkan data Kementerian Kesihatan (KKM) melalui laman CovidNow, sejumlah 23,046,859 individu atau 98.4% bagi populasi dewasa pula telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi populasi remaja, 86.4% atau 2,720,504 individu telah lengkap vaksinasi manakala 89.9% atau 2,829,902 lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19.

Sebanyak 67,701 dos vaksin diberikan semalam melibatkan 3,902 suntikan dos lengkap, 3,209 menerima dos pertama dan 60,590 pula mendapat suntikan dos penggalak.

Perkembangan itu menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) kini meningkat kepada 54,031,000.

Tiada ulasan: