KHARTOUM: Rampasan kuasa di Sudan pada Oktober lalu menunjukkan tanda ia bakal berakhir tidak lama lagi.
Perkara itu diakui Jeneral Abdel Fattah al-Burhan yang mendakwa mereka mendapat 'petunjuk positif' yang langkah dilakukan sejak rampasan kuasa Oktober lalu akan ditarik balik.
"Komuniti antarabangsa termasuk Kesatuan Afrika melihat apa yang akan berlaku dalam beberapa hari ini.
"Saya percaya ada petunjuk positif keadaan akan kembali (seperti biasa) tidak lama lagi. Pembentukan kerajaan awam akan dipulihkan semula," katanya.
Pada 25 Oktober lalu, Abdel Fattah mengisytiharkan darurat di Sudan sekali gus menggulingkan kerajaan dan menahan Perdana Menteri, Abdalla Hamdok.
Rampasan itu menimbulkan kecaman antarabangsa serta tindakan negara Barat serta Bank Dunia, yang menyukarkan akses bantuan dan pelaburan ke negara itu.
Washington juga menghentikan sementara bantuan AS$700 juta (RM2.96 bilion) manakala Kesatuan Afrika menggantung Sudan. - AFP
Tiada ulasan:
Catat Ulasan