09 Februari 2012

Babi boleh disamak, zina wajib hudud

16 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

SHAH ALAM, 9 Feb: Exco Kerajaan Negeri Selangor, Dr. Yaakob Sapari (gambar) berkata, “babi boleh disamak, hukuman kepada penzina, wajib hudud!,” tegas beliau.

Ini merujuk kepada keresahan umat Islam terhadap penemuan kepala babi di dua masjid berasingan dalam tempoh kurang seminggu.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau menjelaskan bahawa para ilmuan zaman silam telah berjaya memberi kefahaman kepada umat Islam tentang status pengharaman anjing dan babi kerana ia melibatkan najis berat, iaitu najis ‘mughallazah’ – kaedah pembersihan dengan membasuh tujuh kali dan basuhan yang pertama dicampur dengan tanah.

Sementara itu, beliau menjelaskan, “babi kalau dalam darurat, masih boleh dimakan sekadar untuk hidup. Tapi, mereka yang syirik kepada Allah, menolak ayat Al-Quran, melakukan zina dan membuat fitnah wajib dikenakan hukuman,” ujar beliau dalam memberi respon terhadap isu lain yang cuba diselindungkan dalam realiti masyarakat.

Sambil menyifatkan ia tindakan pengecut sesetengah pihak menggunakan kepala babi sebagai bahan provokatif sekaligus cuba mengapi-apikan semangat perkauman di negara ini.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau memberi contoh-contoh lain yang memberi kesan langsung dalam masyarakat.

Perbuatan zina misalnya, boleh meruntuhkan institusi masyarakat bilamana anak tidak sah taraf ini dipinggirkan dan dibuang.

Jelas ia bertentangan dengan tujuan sebenar untuk berzuriat sebagaimana yang termaktub dalam maqasid syariah yang mengangkat kedudukan penjagaan keturunan dalam Islam.

Namun, lebih dari itu, mengapa program-program yang mendekatkan anak remaja kepada zina dan sebaran-sebaran fitnah menerusi media massa masih dibiarkan berleluasa mengambil tempat dalam masyarakat?

Fitnah terhadap individu atau kumpulan boleh memecah-belahkan masyarakat sepertimana yang dirakamkan dalam sejarah bilamana Tun Mutahir menyambut baik kehadiran Portugis ke Melaka atas tujuan perdagangan. Hal ini tidak disenangi oleh Datuk Shahbandar Mandeliar.

Beliau telah berjaya menyebar fitnah kononnya Bendahara Melaka mahu mengambil alih takhta Sultan Melaka. Lantas, Sultan Mahmud mengutuskan Tun Sura untuk membunuh Tun Mutahir.

Selain itu, Dr. Yaakob turut mengingatkan tentang Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

Dalam pada itu, amalan rasuah juga semakin membarah dalam masyarakat, perlu diingat, budaya ini pastinya akan menjejaskan integriti pentadbiran sekaligus merosakkan ekonomi negara.

Gejala ini mampu menjatuhkkan mana-mana pemimpin walau banyak manapun sumbangan mereka. Tumbangnya bekas presiden Amerika Syarikat, Richard Nixon dalam kes ‘scandal watergate’ juga kerana rasuah.

“Umat Islam cukup takut dengan babi ni, haram kata mereka. Tapi mengapa amalan mengambil rasuah, berzina, dan buat fitnah dianggap biasa dalam masyarakat? Sedangkan itu juga haram,” tegas beliau sambil mengingatkan masyarakat agar perkara pokok lain yang lebih berat (syirik, rasuah, zina, fitnah) juga perlu diambil kira dan diberi penekanan yang serius.

Harakah Daily

2 ulasan:

jelah berkata...

btol3...

Unknown berkata...

kenapa malaysia tak nak buat hukum hudud,2 yang hairan,atau hati-hati meraka dah mati