09 Februari 2012

Pentadbiran Yingluck masih lemah - Universiti Bangkok

16 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

BANGKOK 9 Feb. - Kerajaan pimpinan Yingluck Shinawatra masih lemah dari segi prestasi pentadbiran, menurut pungutan pendapat terkini yang dijalankan Universiti Bangkok.

Dalam pungutan pendapat yang dijalankan di sekitar Bangkok dan diumumkan semalam mendapati, kerajaan pimpinan Perdana Menteri Thailand wanita pertama itu hanya mengumpul 4.94 mata daripada skala satu hingga 10 bagi kepuasan rakyat terhadap prestasi pentadbiran.

Bagaimanapun, ia menunjukkan sedikit peningkatan iaitu sebanyak 0.16 daripada kajian yang dijalankan pada sambutan bulan ketiga pentadbiran Yingluck. - AGENSI

Tiada ulasan: