10 April 2012

Bunuh pelajar: 2 lelaki ditahan

18 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

SHAH ALAM - Polis menahan dua lelaki dipercayai terlibat dalam kejadian membunuh seorang pelajar tingkatan lima, yang maut ditikam di Seksyen 25 di sini, Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Zahedi Ayob berkata, suspek berusia lingkungan 20-an ditahan berhampiran lokasi kejadian, kelmarin.

"Siasatan awal mendapati berlaku perselisihan faham di antara mangsa dan suspek sehingga menyebabkan remaja itu dibuhuh.

"Kita percaya suspek dapat membantu siasatan kes ini," katanya.

Suspek ditahan reman untuk siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Dalam kejadian tersebut, mayat R Teeneshe, 17, ditemui berlumuran darah di parkir kereta di Apartmen Adora, Seksyen 25, kira-kira jam 12 tengah malam."

Kejadian berlaku selepas mangsa keluar rumah untuk membeli burger.

Mangsa maut ditikam di badan dengan objek tajam, dipercayai pemutar skru.

Bagaimanapun, siasatan polis tidak menemui senjata digunakan pembunuh di lokasi tersebut.

Sinar Harian

Tiada ulasan: