10 April 2012

Fulham musnah impian Chelsea, kongsi mata

18 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

JARINGAN gol Clint Dempsey pada saat-saat akhir dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) awal pagi tadi (waktu Malaysia) memusnahkan impian Chelsea untuk meletakkan kelab itu berada dalam kedudukan keempat terbaik liga.

Fulham yang ketinggalan satu gol di belakang Chelsea, bagaimanapun tidak berputus asa dan terus bangkit untuk mengasak pihak lawan.

Fulham menghasilkan gol pertama pada minit ke-82 bagi menyamakan kedudukan 1-1.

Gol Dempsey menghancurkan peluang Chelsea untuk memburu tiket automatik ke kejohanan Liga Juara-juara apabila gagal mempertahankan kelebihan jaringan awal Frank Lampard pada minit ke-45.

Kini, Chelsea di tangga keenam dengan mengutip 57 mata di belakang Newcastle dan Tottenham yang berkongsi 59 mata dalam 33 perlawanan setakat ini.

Chelsea akan bertemu Arsenal manakala Fulham akan bertemu Wigan Athletic untuk perlawanan ke-34 EPL minggu depan.

Sinar Harian

Tiada ulasan: