03 November 2021

Agong perkenan tamat darurat di Sarawak

 Bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak - NSTP/NADIM BOKHARI

Bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak - NSTP/NADIM BOKHARI

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, memberi perkenan menamatkan Proklamasi Darurat di Sarawak.

Pemangku Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Azuan Effendy Zairakithnaini, berkata ia berikutan permohonan Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud, untuk menamatkan darurat di negeri itu, semalam.

Beliau berkata, baginda memberi perkenan selepas menerima sembah nasihat Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, hari ini, serta Peguam Negara dan ketua agensi kerajaan, semalam, berhubung perkara itu.

Tiada ulasan: