03 November 2021

Harga RON97 naik 9 sen, RON95 kekal

 

Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Harga runcit bagi petrol RON97 naik sebanyak 9 sen selitar iaitu daripada RM2.97 seliter kepada RM3.06 seliter berkuat kuasa esok sehingga 10 November depan.

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan berkata, harga runcit petrol RON95 pula kekal pada paras RM2.05 seliter, manakala diesel kekal pada paras RM2.15 seliter.

Menurutnya, tindakan kerajaan mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada paras harga siling RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter adalah untuk melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global.

“Kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” katanya hari ini. – K! ONLINE

Tiada ulasan: