03 November 2021

Promosi Pos Laju SendParcel RM5 untuk 5kg kembali

 Gambar fail. - Bloomberg

Gambar fail. - Bloomberg

KUALA LUMPUR: Pos Malaysia Bhd kembali lagi menawarkan promosi Pos Laju SendParcel RM5 untuk lima kilogram yang membolehkan pelanggan menikmati kadar terbaik untuk penghantaran domestik.

Promosi itu membolehkan pelanggan Pos Laju SendParcel menikmati kadar RM5 untuk penghantaran bungkusan sehingga lima kilogram bermula hari ini sehingga 31 Disember 2021, dengan pelanggan hanya perlu menambah nilai akaun RM1,000 dan ke atas untuk menikmati kadar promosi itu.

Pos Malaysia dalam satu kenyataan berkata, pelanggan yang berminat untuk mula menggunakan Pos Laju SendParcel, boleh melayari sendparcel.poslaju.com.my bagi membuka akaun dan pilih salah satu daripada lapan pelan pakej yang menawarkan kadar menarik dan manfaat seperti penghantaran pukal domestik dan antarabangsa, perkhidmatan kutipan berjadual yang mudah, integrasi bersama platform eDagang dan banyak lagi.

Ia berkata, 'drop-off' bungkusan juga boleh didapati di lebih 1,000 titik sentuh seluruh negara.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pos Malaysia, Charles Brewer, berkata Malaysia mempunyai lebih 1.7 juta perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan PKS mikro dan penggunaan platform digital seperti Pos Laju SendParcel dapat membantu usahawan tempatan untuk berhubung dengan lebih ramai pelanggan di Malaysia.

Beliau berkata, melalui promosi itu dan manfaat lain yang ditawarkan Pos Laju SendParcel, hasrat pihaknya adalah menyediakan perniagaan dengan nilai terbaik bagi penghantaran pukal dan menggalakkan mereka untuk beralih kepada perkhidmatan digital, selaras dengan inisiatif Shop Malaysia Online dan GoeCommerce Onboarding oleh kerajaan.

BHARIAN.

Tiada ulasan: