03 November 2021

Bomba selamat kanak-kanak terkunci dalam kereta

PASUKAN bomba menyelamatkan seorang kanak-kanak lelaki yang terperangkap dalam kereta di Teluk Penyamun, Kuala Selangor, Selangor semalam. 

KUALA SELANGOR: Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun diselamatkan bomba selepas terperangkap dalam sebuah kereta yang terkunci di Batu 45, Teluk Penyamun di sini, semalam.

Kejadian itu berlaku ketika mangsa dipercayai tertidur di dalam kereta Perodua Bezza berkenaan.

Ketua Pusat Gerakan Operasi Bomba Selangor, Zulfikar Jaffar berkata, pihaknya ke lokasi kejadian sejurus selepas menerima panggilan kecemasan pada pukul 6.24 petang.

“Setibanya di lokasi, kanak-kanak lelaki itu didapati masih terkunci dalam kereta tersebut.

“Anggotakemudian menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkan mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, kanak-kanak berkenaan tidak mengalami kecederaan dan diserahkan kepada keluarganya. – UTUSAN ONLINE

Tiada ulasan: