01 Jun 2012

Dua syarikat pakaian diserbu

11 Rejab 1433H. [MOD] -

SENAI – Dua syarikat pakaian di Batu Pahat diserbu Bahagian Penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Cawangan Batu Pahat dalam dua kejadian berasingan selepasdisyaki menggunakan perisian cetak rompak.

Pengurus Cawangan KPDNKK Batu Pahat, Supartini Mahhbot berkata, sebanyak lima komputer dan 33 salinan perisian cetak rompak dirampasdalam serbuan pertama yang dijalankan pada Selasa lalu. Sementara itu, lima lagi komputer turut dirampas bersama 32 salinan perisian cetak rompak dalam serbuan kedua menjadikan nilai keseluruhan rampasan dianggarkan bernilai RM146,500.

“Serbuan berkenaan dilakukan di dua syarikat berasinganpada Selasa dan Rabu lalu, susulan aduan yang dikemukakan Business Software Alliance (BSA),” katanya. Supartini berkata, hasil pemeriksaan dari kedua-dua serbuan menemui penggunaan perisian dalam versi berbeza bagi perisian Microsoft Windows dan Microsoft Office milik Microsoft yang merupakan ahli BSA.

Katanya, pihak pengurusan kanan syarikat bertanggungjawab memastikan penggunaan perisian sah digunakan dalam perjalanan atau operasi pernigaan syarikat dan mereka boleh didakwa mengikut Akta Hak Cipta 1987 sekiranya gagal berbuat demikian.

“Jika sabit kesalahan, pihak syarikat dan pengarahnya boleh dikenakan denda diantara RM2,000 hingga RM20,000 bagi setiap kesalahan penyalahgunaan perisian cetak rompak. “Selain itu, pengarah syarikatdan pengurusan kanan juga boleh dikenakan hukuman penjara sehingga lima tahun,” katanya.

Sinar Harian

Tiada ulasan: