01 Jun 2012

PAS Desak Pembebasan Segera Peter John Jaban

11 Rejab 1433H. [MOD] -

PAS berasa kesal diatas apa yang berlaku terhadap Saudara Peter John Jaban,Deejay terkenal Radio Free Sarawak. Apa yang berlaku hari ini disaat masyarakat Gawai Dayak khasnya keluarga Saudara Peter John dalam suasana meraikan Hari Gawai Dayak amatlah menyedihkan.

Tindakan ini tidak dapat menafikan ,ianya merupakan manifestasi kebimbangan kerajaan Barisan Nasional akan keberkesanan Radio Free Sarawak dalam menyampaikan maklumat kepada penduduk luar bandar terutamanya di rumah panjang. Radio Sarawak Merdeka atau (Radio Free Sarawak) merupakan stesen radio bebas yang membawa berita yang anda mahu dengar, bukan apa yang orang lain mahu anda mendengar.

Tiada siapa yang mengawal kita, kecuali anda, pendengar Sarawak. Oleh itu, menonton dan menikmati berita, temuduga, laporan dan komen yang anda tidak akan mendapatkan untuk mendengar mana-mana stesen radio lain yang dikawal oleh kerajaan BN di Sarawak.

Dengan adanya maklumat yang terdapat dalam Radio Sarawak Merdeka maka akan memudahkan bagi pendengar di luar bandar mendapat maklumat terkini yang selama ini disekat oleh kerajaan BN. BN sepatutnya tidak perlu takut sebab semua media massa dikawal sepenuhnya oleh kerajaan BN seperti Radio Television Malaysia (RTM) dan sebagainya.

Sehingga kini status beliau yang masih tidak ketahuan amatlah membimbangkan ,khusus pada keluarga beliau. PAS mendoakan agar Saudara John berada dalam keadaan selamat dan mengharapkan pihak yang terlibat segera membebaskan Saudara Peter John untuk beliau pulang dengan aman dan selesa bagi menyambut perayaan Gawai Dayak.

Selamat Gawai Dayak,Gayu Guru Gerai Nyamai

pas miri/-

Tiada ulasan: