01 Jun 2012

Pilihan raya waktu haji untuk selamatkan BN?

11 Rejab 1433H. [MOD] -

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menjangkakan, perdana menteri akan mengadakan pilihan raya umum ke-13 pada September depan ketika musim haji bagi memastikan kejayaan BN.

Tindakan itu didakwa diambil ekoran banyak penyokong PAS akan mengerjakan haji pada masa itu, kata Abdul Hadi.

Anggota parlimen Marang itu berkata, Umno sebagai parti tunjang BN akan menggunakan pelbagai kaedah untuk mengelakkan isu sebenar berhubung membersihkan sistem pilihan raya sebelum pengundian.

Abdul Hadi berkata demikian dalam sidang media selepas program "Munajat dan Himpunan Hijau ke Putrajaya" di ibu pejabat PAS Kedah di Kota Darul Aman hari ini.

malaysiakini/-

3 ulasan:

gazali berkata...

kita jangan risau, perancangan ALLAH lebih hebat dari perancangan manusia

Abu berkata...

Ustaz,

Saya cadangkan PAS mengadap Agong supaya pilihan raya umum ke-13 tidak dilakukan masa musim haji.

Sekian terima kasih.

Awanama berkata...

elok juga tu..musim haji,bleh mintak tlg jemaah haji doa kan kejayaan PAS di mekah..