JEDDAH: Menteri Dalam Negeri Arab Saudi mengumumkan individu yang sudah divaksin sepenuhnya tidak perlu lagi memakai pelitup muka di tempat awam.
Bagaimanapun, arahan itu tidak terpakai di Masjidil Haram di Makkah dan Masjid Nabawi di Madinah kerana semua pengunjung masih wajib memakai pelitup muka, lapor Arab News.
Selain itu, kelonggaran turut diberikan apabila penjarakan fizikal bukan lagi satu kewajipan semasa majlis sosial termasuk semasa berada di dalam pengangkutan awam, restoran dan pawagam.
Dewan perkahwinan turut dibenarkan beroperasi mengikut kapasiti penuh.
Langkah pencegahan masih dikekalkan di beberapa tempat seperti semakan suhu dan status kesihatan menerusi aplikasi Tawakkalna.
Sektor awam dan swasta masih perlu menyediakan pencuci tangan kepada pengunjung. - AGENSI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan