17 Oktober 2021

Berbasikal ke Mekah untuk tunai haji dan umrah

 

Andi (kanan) dan Chairul (kiri) akan meneruskan perjalanan ke Sumatera sebelum berangkat ke Mekah. - Istimewa

JAKARTA – Dua orang lelaki yang berhasrat untuk menunaikan ibadah haji dan umrah sanggup menempuh perjalanan yang jauh dan mencabar dengan berbasikal dari Indonesia ke kota suci Mekah, lapor laman berita Suara.com.

Andi Harvin Dg Thalib, 26, dan Chairul Ma’atini, 27, yang berasal dari Gorontalo, Sulawesi mula berbasikal sejak Jun lalu.

“Ya, kami dari Gorontalo dan mahu menuju ke Arab Saudi, Insha Allah untuk melakukan ibadah haji dan umrah,” kata Andi ketika ditemui di Kota Solo semalam.

Chairul menambah, sekiranya tidak berkesempatan untuk menunaikan haji, mereka akan melakukan ibadah umrah sahaja. 

Ujarnya, idea untuk mula berbasikal ke Mekah itu datang secara tiba-tiba dan tanpa persiapan khusus.

Kedua-dua mereka akan meneruskan perjalanan ke Sumatera sebelum tiba di pelabuhan dan berangkat ke luar negara.

“Kami merancang untuk ke luar negara menaiki kapal laut dari Sumatera,” kata Andi. – AGENSI 

Tiada ulasan: