KUCHING: Individu dari negeri lain lengkap vaksinasi COVID-19 yang ingin memasuki Sarawak tidak lagi perlu membuat permohonan menerusi 'EnterSarawak'.
Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) berkata, saringan COVID-19 juga tidak wajib bagi individu yang lengkap divaksin.
Bagaimanapun, mereka yang belum lengkap divaksinasi wajib membuat saringan tiga hari sebelum masuk ke Sarawak.
Katanya, individu yang masuk ke Sarawak masih perlu mengisi borang pengisytiharan e-kesihatan (eHDF).
"Mereka yang belum lengkap divaksin wajib membuat permohonan melalui EnterSarawak dan mengisi eHDF," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Individu dari luar negara yang masuk ke Sarawak, katanya, wajib membuat permohonan menerusi EnterSarawak dan mengisi eHDF.
"Saringan COVID-19 juga perlu dibuat tiga hari sebelum memasuki Malaysia dan perlu menjalani kuarantin tujuh hari dari tarikh kemasukan ke negara ini bagi yang lengkap vaksin dan 10 hari bagi yang tidak lengkap vaksin.
"Pengembara luar negara wajib melaporkan sejarah perjalanan kepada petugas di lapangan terbang," katanya.
bharian,
Tiada ulasan:
Catat Ulasan