PENDANG – Seorang kanak-kanak lelaki koma selepas kaki kanannya dipatuk seekor ular tedung senduk di rumah neneknya di Paya Kerchut di sini semalam.
Mangsa, Adam Khairi Naufal Abdul Wahab, 5, dipatuk ular berbisa tersebut ketika berada di dapur rumah kira-kira pukul 2.30 petang.
Ibu mangsa, Nur Farhana Abu Bakar, 32, berkata, dia terdengar anak tunggalnya itu menjerit dan pada mulanya dia menyangkakan anaknya terlanggar sesuatu
“Adam ke dapur untuk ambil makanan tetapi tiba-tiba dia menjerit dan saya terus ke sana dan mendapati kaki kanannya cedera.
“Saya angkat Adam ke ruang tamu dan periksa kakinya dan nampak ada kesan patukan ular,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.
Katanya, dia sekeluarga yang terkejut terus membawa anaknya ke sebuah klinik berdekatan di Pendang dekat sini.
“Sekarang Adam dirawat di Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU) di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar kerana belum sedar dan memerlukan alat bantuan pernafasan,” ujarnya. – K! ONLINE
Tiada ulasan:
Catat Ulasan