17 Oktober 2021

Tahniah atas pelantikan terajui PAS kawasan

 

KUALA LUMPUR: PAS Terengganu mengucapkan sekalung tahniah kepada semua yang telah dipilih untuk menjadi Yang Dipertua PAS kawasan-kawasan di negeri itu bagi sesi 2021-2023.

PAS Terengganu menyatakan ianya juga sebagai kabinet persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang akan datang.

“PAS Negeri Terengganu mengucapkan selamat menjalankan tugas dan siru ‘ala barakatillah,” ujar PAS negeri menerusi hantaran di laman Facebooknya, malam ini.

Mereka yang menerajui PAS kawasan terdiri daripada Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad sebagai Yang Dipertua PAS Besut, Ustaz Shaharizukirnain Ab Kadir (Setiu), M. Shukrimun Shamsudin (Kuala Nerus)

Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah (Kuala Terengganu), Ustaz Maliaman Kasim (Hulu Terengganu), Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar (Marang), Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli (Dungun) dan Ustaz Che Alias Hamid (Kemaman).

Mereka dipilih pada Mesyuarat Agung Tahunan PAS kawasan masing-masing yang diadakan pada hari ini. – HARAKAHDAILY 16/10/2021

Tiada ulasan: