01 November 2021

Ahli Parlimen diberikan dos penggalak

 - Hiasan. FOTO NSTP

- Hiasan. FOTO NSTP

KUALA LUMPUR: Semua Ahli Dewan Rakyat yang lengkap menerima dua dos vaksin, akan diberikan suntikan dos penggalak COVID-19, bermula esok.

Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohd Rashid Hasnon, berkata Kementerian Kesihatan (KKM) akan memberikan dos berkenaan bermula jam 9.30 pagi di Dewan Bankuet di bangunan Parlimen.

"KKM sudah memulakan pemberian dos penggalak di seluruh negara bermula 13 Oktober lalu kepada individu yang mendapat dos lengkap vaksin bagi memastikan imuniti yang diterima selepas dos lengkap dapat dikekalkan untuk tempoh optimum, khususnya terhadap jangkitan varian Delta.

"Justeru, bagi melindungi Ahli Yang Berhormat, yang mempunyai tanggungjawab untuk kerap bersama rakyat dan berisiko mendapat jangkitan COVID-19, KKM akan memberikan dos penggalak bermula esok dan tarikh seterusnya akan ditetapkan kelak," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan pemakluman Yang Dipertua Dewan Rakyat selepas selesai sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

BHARIAN.

Tiada ulasan: