Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih diatas peningkatan peruntukkan yang telah diberikan kepada Sekolah Agama Rakyat, Tahfiz dan Pondok sebagaimana yang telah diumumkan oleh Menteri Kewangan dalam Bajet 2022 di Parlimen.
Peningkatan peruntukkan daripada 100 juta kepada 140 juta kepada institusi diatas merupakan inisiatif dan komitmen yang bersungguh-sungguh daripada kerajaan khusus nya YB Menteri Agama Ust Idris Ahmad bagi membantu institusi pendidikan Islam yang sebelum ini kurang mendapat perhatian. Ini merupakan satu pengiktirafan dan dokongan yang sangat baik daripada kerajaan.
Diharapkan peruntukkan ini dapat disalurkan sebaik mungkin dan menyeluruh kepada semua institusi diatas samada yang berdaftar dengan Jakim atau pun tidak.
Difahamkan oleh sekretariat Majlis Pembanguanan Pendidikan Islam Malaysia (MAPPIM) jumlah sekolah agama rakyat adalah berjumlah lebih 1467 buah (2018) sama ada berdaftar atau pun tidak diseluruh negara tidak termasuk Tahfiz dan Pondok. Dianggarkan lebih 3000 buah keseluruhan institusi ini diseluruh negara.
Diharapkan dengan peruntukkan ini akan dapat mengembalikan semula zaman kecemerlangan kepada kepada sekolah agama rakyat sebagai institusi penting yang menjadi benteng kepada agama Islam dinegara ini.
Ini juga akan memberikan keyakinan tinggi kepada masyarakat tentang masa depan Sekolah Agama Rakyat, Tahfiz dan Pondok.
Kecemelangan ini akan memberikan impak yang besar bagi membangunkan modal insan yang beragama, berilmu, profesional dan berintegriti bagi menyumbang kepada pembangunan negara.
UMMAH juga membidas pihak yang tertentu yang cuba memomokkan kenaikkan peruntukkan ini sebagai tidak wajar dan memberi imej yang negetif kepada institusi pendidikan Islam dan Islam.
Ini adalah pendapat pihak yang berfikiran liberal yang akan merosakkan Islam dan ummat Islam pada masa hadapan.Ini adalah pendapat yang anti kepada pendemokrasian pendidikan dinegara ini.Hak pendidikan Islam telah dijamin dalam Perlembagaan, Akta Pendidikan dan telah diletakkan dibawah Majlis Raja Raja.
Mempersoalkan perkara yang berkaitan dengan hal ehwal agama Islam merupakan sikap liberal yang jelas menolak Perlembagaan Persekutuan.Pendidikan Islam adalah merupakan salah satu perkara utama yang berkaitan dengan hal ehwal agama Islam bagi menjamin Islam dan ummat terpelihara di negara ini.
MOHD ZAI MUSTAFA
Pengerusi
Gerakan Pembela Ummah (UMMAH)
Merangkap Pengerusi sekretariat Majlis Pembangunan Pendidikan Islam Malaysia.
1hb Nov 2021
Tiada ulasan:
Catat Ulasan