01 November 2021

Sanusi ketuai senarai penerima darjah kebesaran Kedah

  Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor mengetuai senarai 63 penerima darjah dan bintang kebesaran sempena ulang tahun keputeraan Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah Ke-79.

Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor mengetuai senarai 63 penerima darjah dan bintang kebesaran sempena ulang tahun keputeraan Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah Ke-79.

ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor, mengetuai senarai 63 penerima darjah dan bintang kebesaran sempena ulang tahun keputeraan Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah Ke-79.

Muhammad Sanusi dianugerahkan Darjah Seri Paduka Mahkota Kedah Yang Amat Dihormati (SPMK), yang membawa gelaran Datuk Seri.

Menerima Darjah Seri Setia Diraja Kedah Yang Amat Dihormati (SSDK), yang membawa gelaran Datuk Seri adalah Pengarah Urusan Weststar Holdings, Tan Sri Syed Azman Syed Ibrahim, manakala Darjah Gemilang Seri Mahkota Kedah Yang Amat Dihormati (DGMK), yang membawa gelaran Datuk Wira dianugerahkan kepada Ketua Setiausaha Perbendaharaan Kementerian Kewangan, Datuk Asri Hamidin.

Timbalan Panglima Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Mohammad Abd Rahman dan Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Wilayah 2, Laksamana Muda Rusli Ahmad pula dianugerahkan Darjah Dato' Setia Pahlawan Negeri Kedah Yang Amat Dihormati (DSPK), yang membawa gelaran Datuk Pahlawan.

Anugerah Darjah Dato' Setia Sultan Sallehuddin Kedah (DSSS), yang membawa gelaran Datuk pula diberikan kepada Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, Johari Bulat; Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Halimaton Shaadiah Saad serta Pengarah Tanah dan Galian Negeri, Mohd Fauzi Mustaffa.

Menerima Darjah Dato' Setia Diraja Kedah (DSDK), yang membawa gelaran Datuk pula diberi kepada Penasihat Undang-Undang Negeri, Nik Azhan Hakim Nik Mahmood; Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Kedah (JAINK), Mohd Yusri Md Daud; Pegawai Daerah Kuala Muda, Abdullah Hashim; Pesuruhjaya PAS Kedah, Senator Ahmad Yahya; Pengarah Bahagian Perkembangan Perubatan, Kementerian Kesihatan, Dr Mohd Fikri Ujang dan Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksana (ICU) Jabatan Perdana Menteri, Dr Megat Sany Megat Ahmad Supian.

Turut menerima DSDK ialah Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah, Datuk Shaharom Nizam Abd Manap; Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK), Zakaria Othman; Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK), Syed Yussof Syed Othman; Presiden Kongres Kesatuan Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Adnan Mat; Ahli Jawatankuasa

Kedah Club dan Dr Sarabjit Singh Perdamen Singh.

Anugerah DSDK turut diterima Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Berjaya Food, Sydney Lawrance Quays; Ketua Jabatan Pediatrik Putra Medical Centre (PMC), Dr Gunasaegaram Krishnan Chetty; Pakar Bedah Tulang dan Tulang Belakang PMC, Dr Suresh Ramasamy dan Profesor Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Abdul Mua'ti @ Zamri Ahmad.

Anugerah Darjah Dato' Setia Pahlawan (DDSP), yang membawa gelaran Datuk pula diberi kepada bekas Pegawai Memerintah Wisma Transit Kuala Lumpur, Brig Jen Ahmad Faiezzelan Abdul Karim; Penolong Pengarah EIC Cawangan Khas E Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Dr Lim Joo Soon dan Pengarah Bahagian Keselamatan Kebakaran, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Edwin Galan Anak Teruki.

Anugerah Setia Mahkota Kedah (SMK) pula diberikan kepada Timbalan Pengarah SPRM Kedah, Mustafa Kamal Ahmad dan Ketua Sami Wat Nirroharm Saneha, Ai Lap Tim.

Seramai 33 individu pula menerima anugerah Setia Diraja Kedah (SDK), antaranya Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Merdeka, Ahmad Fadzli Hashim; ADUN Sungai Limau, Mohd Azam Abd Samat, Pegawai Daerah Langkawi, Saiful Anwar Azmi; Pengarah Jabatan Pengairan Dan Saliran Negeri, Md Khuzai Hussain; Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Kedah Ibrahim Ahmad; Pengerusi Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah (PSMCK), Dr Ibrahim Bakar, selain dua lagi menerima Jaksa Pendamai.

BHARIAN.

Tiada ulasan: