31 Julai 2021

UMMAH cadang solusi Putrajaya - Istana Negara


Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) menekuni dengan penuh sedar dan insaf, titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong dan kenyataan pejabat Perdana Menteri yang semuanya berpaksikan kepada Perlembagaan Persekutuan, Raja Berpelembagaan, Keluhuran dan Kedaulatan Undang-Undang serta memupuk semangat permuafakatan dan kestabilan negara.

30 Julai 2021

HUAWEI umum pelancaran gabungan mantap tablet dan laptop baharu

 Pengguna boleh meningkatkan produktiviti kerja menggunakan kedua-dua peranti pada satu masa.  - FOTO HUAWEI

Pengguna boleh meningkatkan produktiviti kerja menggunakan kedua-dua peranti pada satu masa. - FOTO HUAWEI

KEMAJUAN teknologi membolehkan setiap individu memanfaatkan penggunaan peranti lebih maju dan cekap bagi memenuhi keperluan seharian. 

Setiap peranti turut diukur menerusi reka bentuk mudah alih dan kebolehupayaan teknologi untuk membantu pengguna membuat pelbagai tugas pada satu masa.

Arab Saudi buka semula sempadan 1 Ogos

 (Gambar fail) Orang ramai di ibu kota Arab Saudi, Riyadh. - FOTO AFP

(Gambar fail) Orang ramai di ibu kota Arab Saudi, Riyadh. - FOTO AFP

RIYADH: Arab Saudi hari ini mengumumkan bakal membuka semula sempadan kepada pelancong asing yang sudah menerima vaksinasi lengkap, bermula lusa, selepas menutupnya selama 17 bulan berikutan pandemik COVID-19, lapor agensi berita negara ini.

Politiking untuk menyingkirkan Islam

 

POLITIK Tunisia terkini yang sedang hangat dan panas, mengesahkan telahan banyak pihak bahawa hanya kerajaan Islam sekular sahaja yang diizinkan bergerak. Maka, sebarang perubahan yang menunjukkan hala tuju untuk kembali ke arah Islam akan dihalang.

29 Julai 2021

Kenyataan media Ketua Whip Kerajaan

 

SAYA menjunjung akan titah KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di­-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah lbni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah, dalam kenyataan media yang dikeluarkan oleh lstana Negara pada hari ini.

Kenyataan media Timbalan Presiden PAS

 

PAS tegas mendukung sistem Raja Berperlembagaan dalam kerangka keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang.

Kenyataan media Pejabat Perdana Menteri

 

MERUJUK kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh Istana Negara hari ini, Kerajaan ingin menjunjung kasih di atas titah penghargaan yang dizahirkan oleh KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong kepada Kerajaan kerana telah melaksanakan Mesyuarat Khas Parlimen yang bermula pada 26 Julai 2021.

Kerajaan masih ada sokongan lebih 110 Ahli Parlimen

 Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. - Foto BERNAMA

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. - Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan masih mendapat sokongan melebihi 110 Ahli Parlimen yang bersama-sama kerajaan hari ini.

Penegasan itu dibuat Ismail Sabri dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

China kenakan tindakan keras terhadap syarikat terbesarnya

 Alibaba didenda 18.2 bilion yuan (RM11.85 bilion) oleh pihak berkuasa antimonopoli pada April lalu selepas kerajaan mendakwa ia menyalahgunakan kedudukannya yang dominan di pasaran. - Foto AFP

Alibaba didenda 18.2 bilion yuan (RM11.85 bilion) oleh pihak berkuasa antimonopoli pada April lalu selepas kerajaan mendakwa ia menyalahgunakan kedudukannya yang dominan di pasaran. - Foto AFP

BEIJING: Dengan peraturan dan penyiasatan baharu yang menggoncang pasaran, Beijing melaksanakan tindakan keras terhadap syarikat besar yang terkenal, merangkumi hampir setiap aspek kehidupan moden, membabitkan berbilion dolar daripada saham yang disenaraikan di China dan Hong Kong serta penipuan pelaburan.

YB, tolonglah jaga adab ketika berbahas


SELEPAS lebih enam bulan, Dewan Rakyat kembali bersidang sebaik sahaja Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Parlimen Ke-14 membuka tirai pada Isnin.

Dewan Rakyat sepatutnya bersidang pada Januari tetapi terpaksa ditangguhkan susulan Proklamasi Darurat diisytiharkan sehingga 1 Ogos sebagai langkah proaktif membendung wabak Covid-19 di Malaysia.

28 Julai 2021

Annuar Musa pertahan pembatalan Ordinan Darurat


SHAH ALAM - Seorang menteri UMNO dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN) mempertahankan keputusan pembatalan enam Ordinan Darurat lebih awal daripada tarikh tamat Proklamasi Darurat pada 1 Ogos.

Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa menegaskan, proses pembatalan Ordinan Darurat yang dilaksanakan kerajaan ketika ini adalah mengikut proses teknikaliti yang berlandaskan aspek perundangan sewajarnya.

Kerajaan Allah sahaja maha sempurna

 

APABILA YAB Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin membuat kenyataan bahawa kerajaan Perikatan Nasional (PN) tidak sempurna, maka kedengaran suara ejekan riuh-rendah pihak yang menandakan tahap kefahaman mereka tanpa disedari dirinya bersifat sangat jahil.

553,871 dos vaksin diberi semalam, tertinggi setakat ini

 

Foto hiasan.

KUALA LUMPUR: Jumlah pemberian vaksin Covid-19 harian mencatat angka 553,871 dos suntikan semalam, jumlah tertinggi setakat ini, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba.

Terdapat dua bentuk penamatan kuatkuasa Ordinan

 

KUALA LUMPUR: Proklamasi Darurat dan apa-apa ordinan yang dimasyhurkan di bawah Fasal (2B) hendaklah dibentangkan di hadapan kedua-dua Majlis Parlimen jika tidak dibatalkan terlebih dahulu.

18.4 juta vaksin sudah disuntik

 Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin merangkap Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) membentangkan PICK kepada Ahli-ahli Parlimen pada hari ketiga Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Parlimen Ke-14 di Parlimen hari ini. - Foto BERNAMA

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin merangkap Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) membentangkan PICK kepada Ahli-ahli Parlimen pada hari ketiga Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Parlimen Ke-14 di Parlimen hari ini. - Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Seramai 12.49 juta penduduk negara ini atau 38.2 peratus keseluruhan populasi, sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

SIDANG PARLIMEN GAGAL MENJADI MEDAN BINCANG KEBAJIKAN DAN KESEJAHTERAAN RAKYAT DAN SARANAN TITAH YDPA.

Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) mengikuti sidang Parlimen Khas semalam dan hari ini dengan penuh harapan.

Malangnya perbahasan Ahli Parlimen gagal menjadi medan membincangkan soal kebajikan dan kesejahteraan rakyat sebagaimana yang diharap.

27 Julai 2021

Malaysia rekod 521,923 dos suntikan vaksin pada Isnin

 

Sebanyak 17,839,476 dos vaksin Covid-19 sudah diberikan kepada penduduk di negara ini setakat ini. - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Kadar pemberian vaksin harian negara menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) mencatatkan rekod tertinggi pada Isnin iaitu sebanyak 521,923 dos.

Persoalan mengenai pembatalan darurat dijawab Isnin

 

KUALA LUMPUR - Status pembatalan Ordinan Darurat yang dibangkitkan ahli-ahli Parlimen hanya akan dijawab Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan pada Isnin.

Apabila politik dipisahkan daripada agama

 

APABILA politik dianggap tiada kaitan dengan agama, maka politik dirosakkan, termasuklah ahli politik juga ikut bersama. Inilah yang menjadi penyakit kronik kepada sekularisme dengan segala ideologinya. Sekalipun perubahan atau reformasi dilakukan oleh para pemikir atau golongan yang dinamakan sebagai ahli falsafah dalam kalangan mereka.

Darurat tidak disambung, 6 ordinan darurat dibatalkan

 

Kerajaan memutuskan untuk tidak akan menasihati Yang di-Pertuan Agong untuk menyambung Proklamasi Darurat yang akan ditamatkan hujung bulan ini.

Usaha pintu belakang Anwar gagal, usul undi tidak percaya buntu

 

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim gagal menggunakan pintu belakang untuk memaksa usul undi tidak percaya pada sidang khas Dewan Rakyat hari ini.

Adakah hanya Parlimen yang boleh tamatkan kuatkuasa ordinan?

 



Untuk menjawab soalan ini, perlu dirujuk Fasal (3) Perkara 150 yang menyebut:

26 Julai 2021

Sidang khas Dewan Rakyat: Muhyiddin bentang PPN hari ini

  Foto arkib NSTP

Foto arkib NSTP

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan membentangkan Pelan Pemulihan Negara (PPN) pada sidang khas Dewan Rakyat yang dijadual bermula 10 pagi ini.

25 Julai 2021

'Niat saya beri penerangan, tak sangka jadi tular'

 

Video Nur Allyshia ketika menyapa pasangan suami isteri berbangsa Cina di taman perumahan Inderapura, Kuantan pada Jumaat.

KUANTAN - Tindakan seorang wanita memberi penerangan dalam bahasa Mandarin berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bersasar di kawasan Perumahan Inderapura di sini pada Jumaat, bukan sahaja menarik perhatian penduduk setempat, malah menjadi tular di laman sosial.

Hampir 17 juta dos vaksin Covid-19 diberi sehingga semalam

 

417,738 dos diberikan semalam, merangkumi 284,672 individu menerima suntikan pertama manakala 133,066 penerima dos kedua.

KUALA LUMPUR: Jumlah pemberian vaksin Covid-19 di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) sejak dimulakan pada 24 Feb lalu sehingga semalam mencecah 16,904,896 dos suntikan di seluruh negara.

Kumpulan pertama jemaah umrah tiba di Masjidil Haram

 Musim haji tahun ini selesai dengan jayanya. - FOTO AFP

Musim haji tahun ini selesai dengan jayanya. - FOTO AFP

MAKKAH: Kumpulan pertama jemaah umrah tiba di Masjidil Haram, hari ini, dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) bagi membendung penularan COVID-19, selepas musim haji selesai dengan jayanya.

24 Julai 2021

Lengkap 2 dos vaksin boleh rentas negeri, makan di kedai?

 Petugas kesihatan memberikan suntikan vaksin di Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Ampangan. Foto Azrul Edham Mohd AminuddinPetugas kesihatan memberikan suntikan vaksin di Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Ampangan. Foto Azrul Edham Mohd Aminuddin

Putrajaya: Mereka yang sudah melengkapkan dua dos suntikan vaksin Covid-19 dijangka menerima berita baik tidak lama lagi.

Masih ada ruang biaya pakej bantuan rakyat - Muhyiddin

 Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengadakan sidang media secara maya mengenai perkembangan semasa kerajaan dalam memerangi pandemik COVID-19 di pejabatnya hari ini. - Foto BERNAMA/PMO

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengadakan sidang media secara maya mengenai perkembangan semasa kerajaan dalam memerangi pandemik COVID-19 di pejabatnya hari ini. - Foto BERNAMA/PMO

PUTRAJAYA: Kerajaan masih ada ruang fiskal bagi membiayai pakej bantuan rangsangan ekonomi dalam membantu rakyat yang terjejas akibat penularan COVID-19, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

23 Julai 2021

Janji manifesto gagal ditunaikan, janji pula selesaikan Covid - 19


Demikianlah terdapat amalan politiking murahan semata-mata untuk menipu rakyat yang lemah akalnya dan mudah lupa atau jahil berkenaan segala-galanya. Mereka lupa betapa janji Pilihan Raya Umum-14 yang lalu tenggelam dalam perbalahan siapakah yang patut menjadi Perdana Menteri, bukannya mereka berusaha memenuhi kewajipan bagi menunaikan janji manifesto. Setelah kerajaannya hilang, pihak lain pula yang dipersalahkan.

Umat Islam Guangxi Sambut Hari Raya Aidiladha

 Umat Islam Guangxi Sambut Hari Raya Aidiladha_fororder_aidiladhaguilin01

 Umat Islam di Guilin, wilayah Autonomi Zhuang Guangxi menyambut hari raya Aidiladha dalam suasana yang meriah hari ini.

OLIMPIK: Tokyo 2020 disingkap secara rasmi

 Pertunjukan bunga api sempena majlis pembukaan Tokyo 2020 di Stadium Olimpik.

Pertunjukan bunga api sempena majlis pembukaan Tokyo 2020 di Stadium Olimpik.

TOKYO: Upacara pembukaan Olimpik Tokyo 2020 bermula, sebentar tadi dalam stadium yang hampir kosong selepas ditangguhkan setahun dan berdepan pelbagai skandal serta kontroversi.

Kadar vaksinasi tertinggi rekod lebih setengah juta dos semalam

KUALA LUMPUR: Jumlah pemberian vaksin harian Covid-19 melepasi angka 500,000 semalam selepas mencatatkan sebanyak 507,050 dos suntikan, jumlah tertinggi setakat ini, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba.

22 Julai 2021

Solat Jumaat 12 jemaah : Dari mana asasnya ?


Oleh :
Dr. Nik Rahim Nik Wajis

Terdapat sedikit kekecohan di medan media sosial apabila ada beberapa negeri iaitu Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Johor, Selangor, Pulau Pinang, Terengganu dan Sarawak mula membenarkan solat Jumaat diadakan kembali setelah beberapa minggu tidak dibenarkan akibat penularan COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan.

Ikhlas dan jangan bermuka-muka



Perahabatan dalam Islam memiliki adab dan akhlak yang telah digariskan sesuai dengan apa yang telah ditunjukkan oleh Baginda Rasulullah S.A.W. Antara akhlak yang perlu ada dalam persahabatan ialah sifat ikhlas dan tidak bermuka-muka.

21 Julai 2021

Simpulan agama yang dirungkaikan

 

RASULULLAH SAW bersabda:

عَنْ أَبِي أُمَامَةَ الْبَاهِلِيِّ، عَنْ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: “‌لَتُنْقَضَنَّ ‌عُرَى ‌الْإِسْلَامِ ‌عُرْوَةً ‌عُرْوَةً، فَكُلَّمَا انْتَقَضَتْ عُرْوَةٌ تَشَبَّثَ النَّاسُ بِالَّتِي تَلِيهَا، وَأَوَّلُهُنَّ نَقْضًا الْحُكْمُ وَآخِرُهُنَّ الصَّلَاةُ.”

Daripada Abi Umamah al-Bahili RA, daripada Rasulullah SAW yang bersabda: “Demi sesungguhnya akan berlaku, dirungkai (dirombak) ikatan ajaran Islam (yang teguh) satu demi satu. Maka, apabila setiap satunya dirombak menjadikan para penganut Islam berpegang dengan simpulan berikutnya (yang masih ada). Simpulan pertama yang dirombak ialah (pelaksanaan) hukum Islam dan simpulan terakhir yang dirombak ialah (pelaksanaan) solat. (Riwayat Ahmad 22160, Ibn Hibban 6715 dan lain-lain dengan sanad yang baik)

Lebih 15 juta dos vaksin Covid-19 diberi setakat semalam

Dr Adham Baba berkata, lebih 10.3 juta individu sudah menerima dos pertama, manakala 4.76 juta lengkap vaksinasi dengan menerima dos kedua.

PETALING JAYA: Setakat semalam, sebanyak 15,071,814 dos vaksin diberikan di seluruh negara, kata Menteri Kesihatan Dr Adham Baba.

20 Julai 2021

SELESAIKAN RCI TABUNG HAJI DAHULU

 

1. YB Senator Ustaz Idris Ahmad hari ini telah menegaskan pendirian PAS yang melihat dengan serius cadangan kerajaan untuk meletakkan Tabung Haji (TH) di bawah Bank Negara Malaysia (BNM). Serentak dengan itu beliau telah mencadangkan supaya segala keputusan berkaitan masa depan TH perlulah diperhalusi dengan teliti melibatkan pelbagai pihak berkepentingan.

2. Kenyataan YB Senator Ustaz Idris secara langsung memperlihatkan perhatian PAS yang sangat mendalam terhadap TH yang merupakan sebuah institusi ekonomi ummah yang sangat penting. Perhatian PAS terhadap TH ini bukanlah satu perkara baharu, malah apa-apa sahaja isu yang berkaitan dengan TH, PAS pasti akan bersuara memberi pandangan dan kritikan membina.

3. Kemelut TH yang terbaru adalah lanjutan daripada tuduhan yang dibuat oleh PH pada tahun 2015 yang lalu, khususnya tuduhan Rafizi Ramli bahawa berlaku salah urus aset TH berkaitan 1MDB dan penyusutan rizab TH yang dikatakan menjadi negatif. Beliau menyandarkan tuduhan itu berdasarkan teguran yang dibuat oleh BNM kepada TH.

Arab Saudi sahkan musim haji bebas COVID-19 setakat ini

 Jemaah haji berkumpul di sekitar Gunung Arafah di tenggara kota suci Makkah ketika kemuncak ibadah haji di tengah pandemik COVID-19. - Foto AFP

Jemaah haji berkumpul di sekitar Gunung Arafah di tenggara kota suci Makkah ketika kemuncak ibadah haji di tengah pandemik COVID-19. - Foto AFP

RIYADH: Arab Saudi mengumumkan semalam, musim haji pada tahun ini bebas daripada penularan COVID-19 dan penyakit berjangkit lain setakat ini, lapor Al Ekhbariay TV.

Jemaah haji tiba di Muzdalifah selepas berwukuf di Arafah

 Jemaah haji tiba di Muzdalifah selepas berwukuf di Arafah. - Foto AFP

Jemaah haji tiba di Muzdalifah selepas berwukuf di Arafah. - Foto AFP

MUZDALIFAH: Selepas menghabiskan sekitar 12 jam berwukuf di padang Arafah semalam, kira-kira 60,000 jemaah haji mengunjungi Muzdalifah sebagai persiapan untuk peringkat akhir haji tahun ini.

19 Julai 2021

Salam Aidiladha dari saya sekeluarga.



10 Zulhijjah 1442H
تَقَبَلَ اللّٰهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ
صِيَامَنَا وَصِيَامَكُمْ
َكُلُّ عَامٍِ وَاَنْتُمْ بِخَيْرٍ
مِنَ العَائِدَيْنِ وَالفَائِزِيْنَ
Semoga kita termasuk orang-orang yang sentiasa bersyukur dan diterima amalan kita pada tahun ini. Juga dipohon semoga Allah ampun segala dosa-dosa.

“Jika inginkan kebahagiaan, kena korbankan diri untuk rasa keperitan, Kerana dalam setiap kesusahan, Allah akan hadirkan kemanisan.”

Salam Aidiladha dari saya sekeluarga.

Perutusan Khas Presiden PAS Aidiladha 1442H

 

ALHAMDULILLAH, marilah sama-sama kita menzahirkan kesyukuran yang tidak terhingga ke hadrat Allah SWT atas kurniaan rezeki dan kesempatan kepada kita selaku hamba-Nya untuk berpeluang menyambut Hari Raya Aidiladha pada tahun ini dengan penuh kesederhanaan.

Lebih 14 juta dos vaksin COVID-19 diberikan sejak Februari

 - Foto hiasan

- Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Dalam tempoh lebih lima bulan pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 (PICK), lebih 14 juta dos vaksin diberikan kepada rakyat berusia 18 tahun ke atas sehingga semalam.

18 Julai 2021

PM menaruh harapan tinggi pingat emas pertama Olimpik

 Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin (depan empat, kanan) mengibarkan Jalur Gemilang pada pelepasan kontinjen negara ke Sukan Olimpik 2020 Tokyo di KLIA malam tadi. Turut hadir Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican (tiga, kanan) bersama timbalannya, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (dua, kanan); Ketua Kontinjen (CDM) Malaysia ke Sukan Olimpik Tokyo, Datuk Lee Chong Wei (enam, kanan) dan Presiden Majlis Olimpik Malaysia, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria (lima, kanan). - Foto BERNAMA

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin (depan empat, kanan) mengibarkan Jalur Gemilang pada pelepasan kontinjen negara ke Sukan Olimpik 2020 Tokyo di KLIA malam tadi. Turut hadir Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican (tiga, kanan) bersama timbalannya, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (dua, kanan); Ketua Kontinjen (CDM) Malaysia ke Sukan Olimpik Tokyo, Datuk Lee Chong Wei (enam, kanan) dan Presiden Majlis Olimpik Malaysia, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria (lima, kanan). - Foto BERNAMA

SEPANG: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menaruh harapan tinggi ke atas kontinjen Malaysia ke Sukan Olimpik Tokyo 2020 untuk membawa pingat emas pertama dari temasya sukan yang berprestij itu.

17 Julai 2021

Puasa sunat hari Arafah


TINGGAL beberapa hari sahaja lagi sebelum tibanya tanggal 9 Zulhijjah. Jangan lupa tandakan Isnin depan sebagai hari untuk kita berpuasa sunat hari Arafah. Puasa hari Arafah pada 9 Zulhijjah di tanah haram, merupakan hari jamaah Haji melaksanakan wukuf di Arafah. 

16 Julai 2021

Vaksinasi 'walk-in' warga emas mulai esok

 Gambar hiasan. - Foto fail NSTP

Gambar hiasan. - Foto fail NSTP

KUALA LUMPUR: Warga emas yang belum mendapat janji temu boleh hadir secara terus atau 'walk in' di mana-mana Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Kuala Lumpur dan Selangor, bagi mendapatkan suntikan pelalian, berkuat kuasa esok.

Kelantan kecuali bayaran sewa premis peniaga kecil

 Foto ihsan Facebook Datuk Ahmad Yakob

Foto ihsan Facebook Datuk Ahmad Yakob

KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan bersetuju memberi pengecualian bayaran sewa selama dua bulan kepada 9,571 premis membabitkan peruntukan RM3.29 juta, bagi membantu peniaga kecil yang terkesan dengan pandemik COVID-19.

Bakul Prihatin Negara

Bakul prihatin negara baru diumumkan oleh Perdana Menteri. Apa perlu anda tahu? Bagaimana Cara memohon? 

15 Julai 2021

Covid-19: Naratif keselamatan dan ekonomi

 

FIRMAN Allah SWT:

﴿حَتَّى إِذَا أَتَوْا عَلَى وَادِ النَّمْلِ قَالَتْ نَمْلَةٌ يَا أَيُّهَا النَّمْلُ ادْخُلُوا مَسَاكِنَكُمْ لَا يَحْطِمَنَّكُمْ سُلَيْمَانُ وَجُنُودُهُ وَهُمْ لَا يَشْعُرُونَ١٨ فَتَبَسَّمَ ضَاحِكًا مِنْ قَوْلِهَا وَقَالَ رَبِّ أَوْزِعْنِي أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِي أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَى وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحًا تَرْضَاهُ وَأَدْخِلْنِي بِرَحْمَتِكَ فِي عِبَادِكَ الصَّالِحِينَ١٩﴾

“(Maralah angkatan itu) hingga apabila mereka sampai ke Wadi al-Naml (lembah semut), berkatalah seekor semut: ‘Wahai sekalian semut, masuklah ke sarang kalian masing-masing, agar kalian tidak diinjak oleh Sulaiman dan tenteranya, sedangkan mereka tidak menyedari.’ (18); Maka dia (Nabi Sulaiman) tersenyum apabila mendengar kata-kata semut itu, dan berdoa dengan berkata: ‘Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan ni‘mat-Mu yang telah Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redhai; dan masukkanlah daku dengan limpah rahmat-Mu dalam kalangan hamba-hambaMu yang soleh.’ (19).” (Surah al-Naml: 19-19)

Kadar vaksinasi Malaysia antara terpantas di dunia

 Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin, beramah mesra bersama penerima vaksin ketika membuat tinjauan Pusat Pemberian Vaksinasi Industri untuk sektor pengangkutan udara di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). - Foto NSTP/MOHD FADLI HAMZAH

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin, beramah mesra bersama penerima vaksin ketika membuat tinjauan Pusat Pemberian Vaksinasi Industri untuk sektor pengangkutan udara di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). - Foto NSTP/MOHD FADLI HAMZAH

LONDON: Kadar vaksinasi Malaysia adalah antara yang terpantas di dunia, dengan suntikan pelalian COVID-19 mencecah lebih daripada 400,000 dos sehari.

Beberapa minggu sebelum ini, Kanada yang mempunyai jumlah penduduk hampir sama dengan Malaysia, pernah mencapai angka sedemikian.

Munajat Perdana Selamatkan Malaysia


Kita perlu berusaha, berdoa dan bertawakal. Inilah senjata kita. Hadirkan diri kalian, aminkan bersama doa dan permohanan kita kepada Allah SWT.

In sha allah, Gerakan Pembela Ummah-UMMAH akan mengadakan Munajat Perdana Selamatkan Malaysia. Munajat ini ditujukan kepada: