12 Januari 2012

Bekas duta Amerika jangka PRU13 paling kotor

18 Safar 1433H. [MOD] -

Pilihan raya umum ke-13 dijangka “paling kotor” kerana pemimpin Umno yang tercemar dengan rasuah akan melakukan apa sahaja untuk memastikan mereka terus berpaut pada kuasa, kata bekas duta Amerika Syarikat ke Malaysia, John R Malott.

NONEDalam ulasannya di Wall Street Journal hari ini, Malott (kiri) menulis walaupun Datuk Seri Najib Razak kini mendapat rangsangan politik akibat pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada pertuduhan liwat, pentadbiran perdana menteri Malaysia itu secara umumnya dilihat terpalit dengan rasuah.

"Rakyat melihat rasuah semakin berleluasa dan merasakan bahawa penyokong Umno seperti biasa, sentiasa mahu membuat duit dari kontrak kerajaan.

"Ramai rakyat Malaysia kini menggunakan perkataan 'kleptokrasi' atau penyamun untuk menggambarkan kelas pemerintah mereka," tulis Malott, yang pernah berkhidmat di Kuala Lumpur antara tahun 1995 dan 1998.

Malott berkata persepsi orang ramai bahawa tiada pemimpin Umno mahu bertindak menangani amalan itu, dapat dilihat baru-baru ini dalam skandal projek ternakan lembu Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC).

"Persepsi ini diburukkan lagi oleh hakikat bahawa Najib membisu tentang skandal terbaru," katanya.

malaysiakini/-

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

betapa malunye seorg duta luar negara wlpn dri amerika dgn jelas mengatakan sistem pemerintahan malaysia yg kotor&kuku besi!!!ini bknnye dtg dri mulut pakatan rakyat!!bodohkah lagi rakyat malaysia&buta kerana tidak nampak keadaa malaysia sekarang???malaysia bukan baru hendak dikenali satu dunia!!!malaysia lebih kehadapan untuk menjadi sebuah negara yg digilai satu dunia...