12 Januari 2012

Mengapa saya pilih ungkapan ‘Mampus Umno’?

18 Safar 1433H. [MOD] -

Ada sahabat yang prihatin bertanya kenapa saya memilih untuk menggunakan ungkapan "Mampus UMNO" pada Hari 901? Beliau juga berkata…teruk juga Muslimat PAS cuba difitnah oleh Blogger-Blogger UMNO…

Ini jawapan spontan saya….

Inilah sunnatuLlah perjuangan...Allah ingatkan kita dalam al Quran..apakah kamu fikir kamu akan dibiarkan mengatakan kami telah beriman sebelum kamu diuji?.....setiap yang berlaku apatah lagi yang diledakkan oleh musuh-musuh kena disiasat...dan fahamkan.....InsyaAllah kami ni dah lama dalam perjuangan...

901 bukan himpunan yang pertama buat kami...cuma musuh nak jadikan isu dengan...adanya wanita (bukan PAS yg bersorak)...wording ana "Mampus UMNO" dan adanya wanita yang pergi salam Polis…..

Saya katakan…diik, ini realiti mad'u kita....kita memimpin rakyat...bukan memimpin para alim ulama....

Wording "Mampus UMNO" tu expresi spontan...daripada para jiwa yangg sudah lazim dizalimi Regim UMNO BN.... Peliknya…. bila kita guna perkataan Mampus UMNO ramai yang marah dan pertahankan atas uslub dakwah katanya....

Saya tak nafikan…saya antara yang komited memperingati Muslimat dengan Surah An Nahl : 125 dalam keadaan situasi dakwah yang biasa.

Pada hari itu, suasana dakwahnya berbeza. Di keliling saya adalah Wanita-Wanita Pemberani…yang biasa "bertempur" dengan Kezaliman Regim.

Ekpresi kebencian rakyat. Benarkah kita semua kisah pada nasib rakyat yang telah dizalimi? Ekspresi saya yang juga biasa menjadi mangsa kezaliman Regim di sebalik tirai besi lokap…..

Nasib kami yang menjadi habuan dan makanan Regim? Yang komen dan marah barangkali bukan yang dizalimi, melalui pengalaman sepertimana kami. Kami menjiwai keperitahan di bawah Regim kerana kami yang dipukul, yang diterajang, yang dimandikan dengan air berkimia, yang dikepung dengan gas-gas pemedih mata berulang kali, yang dikurung berjam-jam dalam lori polis dengan niat jahat, dijerkah, ditakut-takutkan untuk dirogol ketika berada di dalam lokap tiga hari dua malam dan lelaki-lelaki bertubuh sasa dan bermuka bengis mendatangi pintu-pintu lokap kami....ada siapa tahu...ada siapa ambik tahu...ada siapa kisah....

Nah...sampaikan semua ini kepada para pejuang di sana...kepada adikku para Muslimat....kepada adikku para Pemuda….yang tidak mengenali kekanda-kekanda mereka sendiri dalam perjuangan…sehingga barangkali fitnah dan umpan musuh mudah melekat….atau apa sahaja….mereka tetap adik-adik kami dalam perjuangan…sekalipun mereka memilih tidak bertanya tetapi terus mengikut rentak yang direbanakan musuh…

Ekpresi kami yang dibiarkan kelaparan... ekpresi kami yang pernah dibiarkan hypo dalam tahanan sehingga tidak upaya bangun melangkah sehinggalah dua tiga orang sahabat datang melawat membawa air manis dan bertenaga…...

Ekpresi kami yang dibiarkan tidur di atas simen yang sejuknya mencengkam ke tulang hitam....

Ekpresi kami yang ada ketikanya dibiarkan tidur di atas lantai simen...berbumbungkan langit dan berselimutkan embun dingin pagi...

Semua ini bukan cerita buku atau ceritera penglipurlara....tetapi kisah benar kami....

Nah...Regim UMNO yang membibitkan rasa benci dan marah kami....Regim zalim ini…tiada ungkapan yg benar-benar ana mahu laungkan melainkan "Mampus UMNO" pada ketika itu. UMNO - Pertubuhan Regim. Saya langsung tidak tujukan pada orang atau individu UMNO. Tapi Pertubuhan zalim itu….

Nah….sekadar ekpresi dari jiwa-jiwa kami yang masih sedang diadili dengan tuduhan dan saksi fitnah.

Kalau itu salah….dan menyebabkan ada yang terguris dan simpati kepada UMNO….maka apa lagi yang mampu saya kata…Cukuplah Allah dan Sahabat-Sahabat Perjuanganku yang mukhlis dalam ukhuwwah ini….

Tentu mereka mengerti….. MAAF JUA.

*Tulisan ini dipetik dari Facebook Aiman Athirah Al Jundi, Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Pusat, dengan keizinan beliau. Utusan Malaysia semalam mendakwa bahawa gelagat Muslimat PAS di himpunan 901 cukup "memalukan".

Harakah Daily

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Saya setuju mampus umno

Tanpa Nama berkata...

• Kesilapan Menggadaikan Agama Kerana Dunia;-Daripada Abu Hurairah r.a. berkata:
Rasulullah s.a.w. bersabda: "Akan timbul di akhir zaman orang-orang yang mencari
keuntungan dunia dengan menjual agama. Mereka menunjukkan kepada orang lain
pakaian yang dibuat daripada kulit kambing (berpura-pura zuhud dari dunia) untuk
mendapat simpati orang ramai, dan percakapan mereka lebih manis daripada
gula. Padahal hati mereka adalah hati serigala (mempunyai tujuan-tujuan yang
jahat). Allah s.w.t. berfirman kepada mereka: "Apakah kamu tertipu dengan
kelembutan Ku?, Ataukah kamu terlampau berani berbohong kepada Ku?. Demi
kebesaran Ku, Aku bersumpah akan menurunkan suatu fitnah yang akan terjadi di
kalangan mereka sendiri, sehingga orang yang alim ( cendikiawan ) pun akan
menjadi bingung (dengan sebab fitnah itu)";- (Riwayat Tirmidzi).

Tanpa Nama berkata...

• Bahaya Terjangkit Penyakit Umat-umat Dahulu;-Daripada Abu Hurairah r.a.
katanya: Aku mendengar RasuIullah s.a.w. bersabda: "Umat ku akan ditimpa
penyakit-penyakit yang pernah menimpa umat-umat dahulu". Sahabat bertanya,
"Apakah penyakit-penyakit umat-umat terdahulu itu?" Nabi s.a.w. menjawab,
"Penyakit-penyakit itu ialah (1) terlalu banyak seronok, (2) terlalu mewah, (3)
menghimpun harta sebanyak mungkin, (4) tipu menipu dalam merebut harta
benda dunia, (5) saling memarahi, (6) hasut menghasut sehingga jadi zalim
menzalimi";- (Riwayat Hakim).

Tanpa Nama berkata...

• Bahaya Akibat Berhenti Menyeru Kebaikan Dan Mencegah Kemungkaran;- Anas ibn
Malik r.a. berkata, "Ditanya kepada Nabi s.a.w, "Ya Rasulullah, (apa akibat)
apabila kami berhenti menyeru kebaikan dan mencegah kemungkaran?" Nabi
s.a.w. bersabda: "Apa yang telah berlaku kepada Bani Israel, akan berlaku kepada
kamu. Apabila zina berleluasa di kalangan pemimpin kamu, ilmu pada urusan
orang yang terendah di kalangan kamu dan kuasa dimiliki oleh orang yang rosak di
kalangan kamu."";- [Riwayat Ibnu Majah, juga Kitab al-Fitan (Hadith 4015),
2/1331; Musnad Ahmad 3/187.].

Tanpa Nama berkata...

• Kesalahan Manusia Yang Berhati Syaitan;- Dari Ibnu Abbas r.a. berkata, bahawa
Rasulullah s.a.w. bersabda: "Kelak akan datang di akhir zaman segolongan
manusia, di mana wajah-wajah mereka adalah wajah manusia, namun hati
mereka adalah hati syaitan; seperti serigala-serigala yang buas, tidak ada sedikit
pun di hati mereka belas kasihan. Mereka gemar menumpahkan darah dan tidak
pernah berhenti dari melakukan kekejian. Apabila kamu mengikuti mereka, maka
mereka akan memperdaya kamu. Akan tetapi apabila kamu menghindar dari
mereka, maka mereka akan mencela kamu. Apabila berbicara dengan kamu, maka
mereka akan membohongi kamu.Dan apabila kamu memberinya kepercayaan,
maka mereka akan mengkhianati kepercayaan yang kamu berikan. Anak kecil
mereka bodoh, pemuda mereka licik, sementara yang tua tidak menyuruh berbuat
baik dan melarang yang mungkar. Mereka itu sentiasa membanggakan diri dalam
kehinaan. Dan meminta apa yang ada pada mereka bererti kesusahan. Orang yang
sopan-santun di tengah mereka adalah sesat, dan orang yang menyuruh kepada perbuatan ma';ruf malah menjadi tertuduh, orang beriman di kalangan mereka adalah lemah, sedangkan orang fasik menjadi mulia. Sunnah di tengah mereka menjadi bidaah, sedangkan bidaah itu sendiri adalah sunnah. Maka ketika itulah mereka dikuasai oleh orang-orang paling jahat di antara mereka. Sedangkan orang pilihan apabila ia menyeru, pasti tidak akan dihiraukan.";- (Riwayat Thabrani).

Tanpa Nama berkata...

• Bahaya Fitnah Bagaikan Malam Yang Gelap-Gelita;- Daripada Anas bin Malik r.a.
berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Mendekati hari kiamat akan terdapat berbagai macam fitnah laksana bahagian malam yang gelap-gelita. Kala itu seseorang menjadi Mukmin di pagi hari, berbalik menjadi kafir memasuki petang hari. Dan menjadi Mukmin di petang hari, berbalik menjadi kafir memasuki pagi hari. Orang-orang pun akan menjual agamanya dengan harta benda duniawi;-
(Riwayat Tirmidzi).