12 Januari 2012

Hamidah Bohongi Rakyat

Mak Cik ini sudah lebih 60 tahun tinggal di rumah yang berstatus setinggan

18 Safar 1433H. [MOD] -
oleh Muhammad Faeez

SUNGAI RAPAT: Kenyataan ADUN Sungai Rapat, YB Dato’ Hamidah Osman yang mengsiytiharkan Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan tersebut sudah mencapai sifar setinggan ternyata bohong.

Ini dibuktikan oleh jelajah Skuad Basmi Setinggan DUN Sungai Rapat yang diadakan pada 8 Januari lalu.

Menurut laporan BERNAMA pada 11 Oktober 2011 kawasan DUN Sungai Rapat dianggap oleh Exco kanan kerajaan negeri itu sebagai kawasan pertama di Perak yang mencapai matlamat setinggan sifar.

Penyelia DUN Sg Rapat, Ustaz Radzi Zainon berkata, ‘retorik’ Setinggan Sifar yang diutarakan oleh Hamidah Osman adalah tidak benar.

“Kami telah meninjau di Kampung Ara payung dan Kampung Teluk Pedang dan mendapati status puluhan rumah masih belum diiktiraf sebagai sah kerana iaitu tidak bergeran,” katanya .

Katanya, Hamidah Osman tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan sedemikian kerana masih ada setinggan di DUN tersebut khususnya kampung yang berdekatan dengan kediamannya.

“Sebagai contoh, seorang penduduk di Ara Payong yang tinggal sejak berumur 19 tahun dan kini beliau berumur 74 tahun masih dalam status tanah setinggan,” ujarnya.

Beliau berharap masalah setinggan ini dapat diselesaikan segera dan jangan hanya pandai berjanji kepada rakyat.

“Saya boleh tunjukkan kepada YB Hamidah rumah yang masih berstatus setinggan jika beliau masih menafikannya,” tegas beliau.

Tambahnya, Skuad Basmi Setinggan akan terus menyuarakan suara rakyat disamping akan terus menjelajah beberapa kampung lagi untuk meninjau masalah setinggan yang belum ‘sifar’.

3 ulasan:

Awanama berkata...

saya harap ustaz radzi zainon dpt luangkan masa utk kg bendera.ada sebahagia kawasan yg terpinggir drpd arus pembangunan.TOLONG KAMI.....

Awanama berkata...

SAYA HARAP UST RADZI ZAINUN DPT MELAWAT KG BENDERA PULAK,KERANA SEBAHAGIAN KG INI TIDAK PERNAH DPT PEMBANGUNAN.SEBAGAI CONTOH JLN TIDAK PERNAH D TURAP SEMULA HAMPIR 20THN.LAMPU JLN TIADA DAN BERBAGAI LAGI.TOLONG KAMI.................

Awanama berkata...

SAYA HARAP UST RADZI ZAINUN DPT MELAWAT KG BENDERA PULAK,KERANA SEBAHAGIAN KG INI TIDAK PERNAH DPT PEMBANGUNAN.SEBAGAI CONTOH JLN TIDAK PERNAH D TURAP SEMULA HAMPIR 20THN.LAMPU JLN TIADA DAN BERBAGAI LAGI.TOLONG KAMI.................