13 Disember 2012

31,931 anak Selangor dapat bantuan masuk IPT

29 Muharram 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Sejak diperkenalkan pada tahun 2008, iaitu sejurus Pakatan Rakyat mengambil alih Selangor, sejumlah 31,931 anak negeri itu telah diberi bantuan Hadiah Pengajian Institusi Pengajian Tinggi (IPT).

Untuk jumlah itu, kerajaan negeri Selangor telah membelanjakan RM31.7 juta bagi membantu anak Selangor yang berjaya melanjutkan pelajaran ke IPT awam mahupun swasta.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, langkah tersebut diambil berikutan keprihatinan kerajaan negeri bagi memastikan anak Selangor tidak ketinggalan menuntut ilmu di mana-mana institusi pengajian tinggi di negeri itu.

Ianya juga sebagai penghargaan kepada golongan mahasiswa yang bakal menerajui kepimpinan dan menyumbang kepada pembangunan negara pada masa akan datang.

“Walaupun dalam kesibukan meneruskan usaha membangunkan negeri, menambah hasil negeri menerusi kutipan cukai dan pelaburan demi kesejahteraan rakyat, namun kami dalam barisan kepimpinan kerajaan negeri masih ada ruang dan peluang untuk memikirkan ehwal dan kebajikan mahasiswa negeri ini,” kata Abdul Khalid dipetik Selangorku.

Beliau berkata demikian ketika melancarkan Hari Mahasiswa di Dewan Bankuet Jubli Perak, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam malam tadi.

Hadiah Pengajian IPT merupakan skim yang diperkenalkan dibawah program Merakyatkan Ekonomi Selangor.

Ianya berupa bayaran hadiah RM1,000 kepada anak Selangor dari keluarga berpendapatan RM1,500 ke bawah, yang melanjutkan pendidikan ke pusat pengajian tinggi awam atau swasta yang diiktiraf kerajaan dengan mengikuti pengajian peringkat diploma atau ijazah sarjana muda.

harakah/-

1 ulasan:

AZMI berkata...

seorang drpd ramai2 tu adalah anak saya Mohd haziq menuntut di UiTM Permatang Pauh Penang.Masok Jun 2012.Dapat RM1000 bulan September lalu .Terima kasih Kerajaan Selangor.Orang umno kata anaknya tak dapat....sy tanya ada mohon tak?..tak dia kata.......patut la buat fitnah sana sini.....