29 Muharram 1433H. [MOD] -
GELAP...anggota bomba berusaha mencari dua beradik yang dikhuatiri lemas.
HULU LANGAT: Niat abang untuk menolong adiknya yang hampir lemas
membawa padah apabila kedua-dua mereka hilang dihanyutkan arus dalam
kejadian di Sungai Langat, petang semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 4.16 petang itu, mangsa, Mohammad
Tarmizi Azhari, 13, sedang mandi di sungai itu manakala abangnya,
Mohammad Syawal Azhari, 17, sedang memancing bersama tujuh rakan lain.
Abang ipar mangsa, Mohd Arif Abu Tamar, 27, berkata, dua beradik
itu memang gemar memancing di sungai berkenaan dan ia adalah aktiviti
cuti sekolah mereka.
Menurutnya, ketika Tarmizi yang tidak tahu berenang itu sedang mandi, tiba-tiba dia menjerit meminta tolong akibat dihanyutkan arus.
Menurutnya, ketika Tarmizi yang tidak tahu berenang itu sedang mandi, tiba-tiba dia menjerit meminta tolong akibat dihanyutkan arus.
“Syawal yang berada berhampiran dan pandai berenang terus terjun ke dalam sungai untuk menyelamatkan adiknya itu, namun dia turut dihanyutkan.
“Ketika kejadian, saya berada di rumah dan terkejut selepas rakan mereka menjerit di depan rumah dan menyatakan kedua-dua anak saudara saya itu lemas,” katanya.
Menurutnya, sebaik mendapat maklumat itu, dia memaklumkan kejadian berkenaan kepada Balai Bomba dan Penyelamat Kajang.
Sementara itu, Pegawai Bomba Operasi, Mohd Hazuan Mohamad Mansor berkata, jentera pertama dari Balai Bomba Kajang tiba di lokasi kejadian pada jam 4.54 petang.
Katanya, 11 anggota dari Unit Skuba dari Balai Bomba Pelabuhan Klang dan Shah Alam memulakan operasi mencari kira-kira jam 6.30 petang sebelum tamat sementara pada jam 8.30 malam.
“Kedua-dua mangsa masih gagal ditemui dan operasi akan diteruskan jam 8 pagi esok (hari ini),” katanya.
metro/-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan