29 Muharram 1433H. [MOD] -
|
WASHINGTON - Amerika Syarikat (AS) kelmarin melancarkan kapal angkasa
kecil futuristik tanpa juruterbang, X-37B untuk kali ketiga ke angkasa
lepas.
Kapal angkasa sepanjang 8.9 meter dan berat 5,000 kilogram itu
berlepas dari pusat pelancaran Stesen Tentera Udara AS di Cape
Canaveral, Florida.
Ia dibawa oleh sebuah roket Atlas V pada pukul 1.03 tengah hari waktu tempatan.
Kapal angkasa itu kemudian akan berpisah dengan roket tersebut.
Misi kapal angkasa itu tidak didedahkan secara terperinci oleh Tentera Udara AS.
Firma United Launch Alliance yang wujud menerusi kerjasama antara
Boeing dan Lockheed Martin menyiarkan imej penerbangan itu secara
langsung di laman webnya.
Menurut firma tersebut, penerbangan itu adalah bagi menyokong eksperimen angkasa lepas.
Tentera AS pula memberitahu, program kapal angkasa itu adalah untuk
memperkenalkan teknologi penerbangan angkasa lepas tanpa angkasawan.
Ia diperkenalkan ekoran penamatan misi kapal angkasa milik Pentadbiran Aeronautik Dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA).
Bagaimanapun, ramai pakar angkasa lepas percaya kapal angkasa itu
yang berupaya kembali semula ke Bumi merupakan sebahagian daripada
program perisikan canggih AS atau berpotensi digunakan untuk mengganggu
satelit negara-negara seterunya.
Projek X-37B itu dilancarkan NASA pada 1999.
Ujian pertama pesawat itu diadakan pada tahun 2010 dan mengelilingi Bumi selama tujuh bulan.
Dalam ujian kedua, pesawat tersebut mendarat pada Jun lalu selepas berada selama 469 hari dengan mengelilingi Bumi. - Agensi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan