29 Muharram 1433H. [MOD] -
KUANTAN - Sindiket perjudian internet tanpa lesen dikesan terus
berdegil menjalankan kegiatan itu secara terbuka, malah ada yang sanggup
melabur besar membuka premis baru yang agak eksklusif semata-mata untuk
menarik kaki judi melebur wang di premis mereka.
Hasil pemantauan polis di sekitar Jalan Air Putih, di sini, petang kelmarin, membongkar satu kegiatan perjudian internet tanpa lesen yang dipercayai baru beroperasi kira-kira seminggu lalu di sebuah premis yang cukup selesa dengan dekorasi tersusun, malah turut tersedia ruang rehat khas kepada pengunjung.
Lebih mengejutkan, apabila mendapati premis tersebut diubah suai dengan membina tangga ke tingkat atas yang turut menempatkan puluhan komputer dipercayai bagi tujuan perjudian.
Pasukan serbuan yang terdiri daripada anggota polis dan Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) turut mengakui premis itu agak istimewa berbanding premis judi yang diserbu sebelum ini kerana suasananya selesa, kemas dan bersih selain dilengkapi puluhan set komputer terkini.

Dalam serbuan kira-kira jam 5 petang kelmarin, polis berjaya menahan
seorang penjaga premis berusia 39 tahun dan dua pelanggan berusia 20 dan
22 tahun ketika sedang leka bermain permainan berunsurkan perjudian.
Pedang samurai di bawah kaunter
Ketua operasi, Asisten Superintendan Abdul Halim Hamat berkata,
pihaknya turut merampas 36 set komputer dianggarkan bernilai RM36,000
yang dikesan digunakan bagi tujuan perjudian, selain wang tunai RM207.
Menurutnya, selain menjanjikan suasana yang selesa, pemiliknya juga
turut menyediakan kupon cabutan bertuah dengan menawarkan tunai sehingga
RM20,000 untuk menarik kaki judi ‘bermain’ di premis mereka.
Sementara itu, dalam serbuan berasingan di sebuah premis perjudian internet di Taman Bukit Pelindung, Jalan Beserah, di sini, polis turut merampas dua bilah pedang samurai yang ditemui di bawah kaunter premis dipercayai digunakan pekerja bagi tujuan melindungi diri sekiranya premis tersebut dirompak.

Abdul Hamid berkata, dalam serbuan kira-kira jam 6.30 petang itu,
seorang penjaga premis berusia 18 tahun ditahan manakala empat pelanggan
termasuk seorang gadis berusia antara 20 hingga awal 30-an ditahan.
“Hasil serbuan, kita juga berjaya merampas 34 set komputer dianggarkan bernilai RM34,000 dan tunai dipercayai wang hasil pertaruhan berjumlah RM307.

“Premis ini juga didapati tempat baru, bagaimanapun hasil pemantauan
berterusan, kita berjaya mengesan dan membuat serbuan petang ini
(kelmarin),” katanya.
Menurutnya, premis itu juga turut menawarkan cabutan bertuah kepada pelanggan sebagai satu promosi.
Set komputer RM6.4 juta dirampas

Beliau berkata, semua set komputer dirampas dan individu yang ditahan
dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan untuk siasatan lanjut.
“Semua yang ditahan juga akan melalui ujian saringan kencing bagi mengesan sama ada mereka turut positif dadah,” katanya.

Dalam operasi itu semalam, seramai 30 anggota dan tiga pegawai dari
pelbagai bahagian IPD Kuantan terlibat, manakala lapan kakitangan serta
tiga pegawai MPK mengambil bahagian dalam ops bersepadu itu.
Turut mengetuai serbuan, Ketua Bahagian Logistik IPD Kuantan, Asisten Superintendan Jamaludin Abu Bakar dan Ketua Balai Polis Kuantan, Inspektor Rosdy Abdul Rahman.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohd Jasmani Mohd Yusoff
sebelum itu berkata, sejak Januari hingga 11 Disember lalu, pihaknya
melakukan 557 serbuan ke atas premis kafe siber yang dikenal pasti dan
hasilnya, sebanyak 2,382 individu termasuk pelanggan dan penjaga premis
ditahan.
Menurutnya, sebanyak 6,423 set komputer dianggarkan bernilai RM6.423
juta berjaya dirampas manakala rampasan tunai sebanyak RM185,681.
“Sebanyak 93 premis dikenakan tindakan pemotongan elektrik manakala 248 lagi dalam proses untuk tindakan sama.

“Hasil serbuan itu juga, kita dapati 140 premis tiada lesen yang sah,
manakala 35 kes dihadapkan ke mahkamah dan dijatuhkan hukuman,” katanya.
Sementara itu, seorang gadis, Lina, 18 (bukan nama sebenar) yang ditahan dalam serbuan itu memberi alasan dia hanya singgah di premis yang terletak di tingkat satu itu sekadar untuk menemani kawan.
Menurutnya, nasibnya tidak baik kerana baru beberapa minit berada dalam premis itu, serbuan dilakukan dan dia turut ditahan.

sinar/-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan